Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kamal Adli Rayu Netizen Jangan Hukum Uqasha – “Kalau Nak Kutuk, Kutuk Saya Saja”

by Puteri Alia
October 28, 2025
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Sedar kisah rumah tangganya kini menjadi tumpuan seluruh negara, pelakon Kamal Adli tampil dengan suara penuh harapan dan kerendahan hati apabila merayu agar orang ramai tidak menghukum isterinya, Uqasha Senrose, yang sedang berdepan tekanan emosi akibat kemelut rumah tangga mereka. Kamal, 39, memohon agar netizen berhenti menulis komen negatif terhadap isterinya kerana bimbang ia hanya menambah bebanan yang sedang ditanggung oleh wanita yang masih dikasihinya itu.

“Saya mohon sangat kepada semua netizen, tolong jangan tulis apa-apa yang tak elok pada isteri saya. Dia penat kerja, stres dan saya faham benda itu. Terlalu berat sebenarnya untuk dia dan untuk saya nak hadap semua ini. Kalau nak kutuk, kutuk saya saja. Jangan streskan dia, tolong ya. Kalau nak tulis dekat media sosial pun, tulislah yang manis-manis saja. Jangan tambah tekanan pada dia, saya mohon sangat,” ujar Kamal dalam nada sebak selepas keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama Dia Imamku itu turut mengakui kehadirannya ke mahkamah bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila perlu berdepan kenyataan bahawa rumah tangga yang dibinanya kini berada dalam keadaan genting.

“Tak tahulah, benda ini betul-betul bagi impak pada perasaan saya sekarang ini bila ada kat bilik itu tadi. Saya rasa tak seronok langsung. Saya nak bagi tahu yang saya dekat sini sebab saya nak selamatkan rumah tangga saya. Saya sayangkan isteri dan anak saya sangat-sangat. Tak nak apa-apa jadi sebenarnya. Apa yang jadi hari ini, kenapa saya ada kat sini, saya letak semua ni atas salah saya sendiri,” katanya jujur.

Mahkamah menetapkan 19 November depan sebagai tarikh prosiding ketiga bagi kes perceraian pasangan itu, selepas dua sebutan terdahulu masih gagal menyaksikan sebarang keputusan muktamad. Difahamkan, Uqasha tidak hadir ke mahkamah pada prosiding kali ini.

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- "Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?"

Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

Walaupun badai rumah tangga mereka menjadi perbualan hangat, sikap Kamal yang masih mempertahankan dan melindungi isterinya di khalayak ramai memperlihatkan sisi kemanusiaan dan kasih sayang yang belum pudar. Dalam dunia hiburan yang sering menelanjangi setiap sisi peribadi artis, kata-kata Kamal ini menjadi peringatan bahawa di sebalik gosip dan spekulasi, ada hati yang benar-benar sedang terluka.

kamal adliuqasha senrose
https://lomp.at/17f54
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana. Mas...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Foto - @hajiwon1023 (IG)
Korea

Semakin Kurus ‘Melidi’, Penampilan Baru Aktres Ha Ji Won Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
March 13, 2026

Aktres Korea Selatan, Ha Ji Won telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terbarunya. Semasa mempromosikan drama terbarunya...

Read moreDetails
Foto - @wannaali_ (IG)
Lokal

“3 Bulan Lagi Sehingga Bukan Lagi Hanya Awak & Saya, Tetapi Kita”- Wanna Ali

by Nurul A.
January 16, 2026

Pelakon Wanna Ali baru-baru ini telah mencuri perhatian orang ramai apabila mengumumkan khabar gembira bahawa dirinya bakal menimang cahaya mata...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Brooklyn Peltz Beckham Pilih Tidak Mahu Berdamai Dengan Ibu Bapa

by Nurul A.
January 20, 2026

Selepas mendiamkan diri beberapa tahun, anak sulung Victoria Beckham dan David Beckham, iaitu Brooklyn Peltz Beckham berkata dia tidak mahu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara