Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026
Foto - @kamaladli (Threads)

Foto - @kamaladli (Threads)

27
KONGSIAN
Share on Facebook

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa sunyi menyambut Ramadan seorang diri.

Nada yang ditulis Kamal cukup menyentuh hati, seolah-olah terselit rindu pada momen lama yang kini hanya tinggal kenangan.

“Parah Rupanya Sorang-Sorang Ni…”

Menerusi perkongsiannya, Kamal berseloroh namun jelas kedengaran sebak apabila mengakui tidak bangun sahur pada hari pertama Ramadan kerana tiada siapa mengejutkannya seperti sebelum ini.

“Maap shakap.. Alarm x bunyi or alarm bunyi tp alarm sy yg pegi sahur sendiri ke yg penting sy tak sahur hari ni😭 sorry x berjaya kjut sahur. Parah rupanya sorg2 ni b4 ni selalu dikejut. hahaha.. Selamat berpuasa semua. Sy puasa jgk sama2 okay. Hmm… Day one menahan geram.”

Walaupun diselitkan dengan ketawa kecil “hahaha”, ramai yang dapat merasakan mesej tersirat di sebalik kata-kata tersebut, sunyi itu nyata berbeza apabila sudah terbiasa hidup berteman.

MURAI rasa, kadang-kadang benda kecil macam dikejutkan sahur itulah yang sebenarnya paling mahal nilainya bila kita dah tak ada. Waktu ada, mungkin nampak biasa. Bila hilang, baru terasa luar biasanya.

Rindu Yang Tak Terluah?

Foto – @kamaladli (IG)

Untuk rekod, rumah tangga Kamal bersama aktres jelita, Uqasha Senrose, berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada awal Januari lalu.

Perkongsian Kamal itu membuatkan ramai netizen beranggapan dia seakan-akan merindui kemanisan berumah tangga, momen dikejutkan sahur, gurauan kecil dan rutin Ramadan yang sebelum ini mungkin dianggap biasa, kini terasa sangat berharga.

Pada pandangan MURAI, bukan mudah untuk biasakan diri dengan perubahan besar dalam hidup. Apatah lagi bila masuk bulan Ramadan yang penuh dengan memori dan rutin bersama insan tersayang.

Kamal Adli Pilu Tak Dapat Jumpa Hawra-"Sia-Sia Turun KL Ni.."

Netizen Bagi Semangat, Jangan Layan Sunyi

Di ruangan komen, peminat tampil memberikan kata-kata semangat dan cadangan supaya Kamal tidak terus hanyut dengan rasa sepi.

Seorang peminat menulis:

“Kalo gitu, duk ngan family la Ramadhan ni. Tak pun ajak adik beradik yg rajin bangun sahur duk skali. Dah biasa hidup berteman kan. Chaiyok.”

Seorang lagi turut memberi motivasi:

“Rileks bro. Jangan salahkan single susah nk sahur. You are better than what you think. Semangat!!!”

Rata-rata berharap Kamal tidak terlalu memendam rasa dan memanfaatkan Ramadan sebagai ruang untuk memperbaiki diri serta menguatkan jiwa.

MURAI setuju, sokongan keluarga dan sahabat memang penting saat hati sedang kosong. Kadang-kadang, bukan tak boleh berdikari, cuma hati belum biasa sunyi.

Day One Menahan Geram… Tapi Tetap Puasa!

Walaupun terlepas sahur, Kamal tetap berpuasa seperti biasa. Dalam nada berseloroh, dia mengakui “Day one menahan geram” ,mungkin geram pada diri sendiri, mungkin juga pada situasi yang berlaku. Bagi MURAI, setiap kehilangan pasti tinggalkan ruang kosong. Tapi ruang itulah juga yang beri peluang untuk kita isi dengan sesuatu yang lebih baik. Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan dan sinar baharu buat Kamal. Kadang-kadang, sunyi itu hadir bukan untuk melemahkan… tapi untuk menguatkan.

kamal adli
https://lomp.at/w5gcg
Share11Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara