Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kamal Adli Tampak Sudah Kembali Pulih Dan Berkesempatan Luang Masa Iftar Bersama Keluarga Semula

by Puteri Alia
April 4, 2023
Share on Facebook

Status terkini berkenaan insiden ngeri yang dialami oleh pelakon sensasi Malaysia ketika berada di Singapura sehingga hampir meragut nyawa  selebriti itu, Kamal Adli kini dilihat semakin pulih meskipun wajahnya nampak sedikit pucat, tentunya tidak seperti kebiasaannya.

Memuat naik hantaran di laman instagram story, ahli keluarga isteri kepada Kamal, Uqasha senrose iaitu yang juga pelakon, Aprena Manrose berkongsi detik-detik bersama keluarga ketika berbuka puasa baru-baru ini.

Meskipun wajah tampak sedikit sugul namun, pelakon berkenaan tetap mengukir senyuman manis menerusi perkongsian terbabit.

Pelakon Kamal Adli yang baru-baru ini menghilangkan diri seketika daripada media sosial telah membuat kemunculan semula menerusi media sosial ahli keluarganya itu sedikit sebanyak mengubati kerinduan peminat.

Sebelum ini, menurut laporan berita Utusan Malaysia, Pelakon, Uqasha Senrose memaklumkan suaminya, Kamal Adli sudah boleh melakukan beberapa pergerakan termasuk berjalan perlahan.

Bagaimanapun, katanya, keadaan Kamal masih lemah dan dia lebih banyak terbaring di atas katil serta perlu menjalani rawatan susulan di hospital.

“Kamal sudah boleh bercakap dan kena makan ubat tahan sakit. Masih ada rawatan susulan di hospital,” katanya menerusi sesi perkongsian live di Tiktok – jelas Uqasha

Sebelum ini, Kamal juga memaklumkan keadaan dirinya semakin stabil selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan teruk di bahagian belakang kepala di sebuah hospital di Singapura.

Pelakon drama bersiri Akira Khan itu berkata, dia masih menerima rawatan dan ubat tahan sakit akibat nanah dan lebam yang timbul di bahagian badan.

Terdahulu, Kamal diserang individu tidak dikenali berusia 33 tahun dengan cota besi ketika sedang bergambar bersama peminat.

Kamal dipukul di bahagian kepala bertubi-tubi dan penjenayah tersebut turut mengugut untuk mencederakan pelakon itu serta adik-beradiknya.

[VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Hawra Sudah Boleh Berdiri, Netizen Teruja!-"Momen-Momen Yang Akan Kita Rindu..."
aprena manrosekamal adliuqasha senrose
https://lomp.at/4fy6h
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Sokong Hubungan Baru Bekas Suami- “Itu Doa Saya Setiap Hari

by Nurul A.
February 9, 2026

Pelakon Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan sokongan dan doa ikhlas buat bekas suaminya, Nedim Nazri selepas dikhabarkan...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara