Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kamal Bakar Pulang Mengadap Illahi

by Naddy Joe
June 25, 2024
Share on Facebook

Industri seni hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran, Kamal Bakar yang telah pergi mengadap Ilahi pada jam 1 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.

Khabar duka itu dikongsi sendiri oleh anak sulungnya yang juga pelakon, Hanis Kamal menerusi hantaran di Facebook,  memohon doa orang ramai buat Allahyarham bapanya itu.

“Assalamualaikum semua, dimaklumkan bahawa ayah saya Kamaruldzaman bin Bakar (Kamal Bakar) telah meninggal dunia sebentar tadi.

Mohon jasa baik semua untuk sedekahkan surah Al-Fatihah buat ayah saya ye. Jenazah akan dibawa pulang ke rumah dahulu.”-kongsi Hanis Kamal di Facebook

Akan Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka

Tambah Hanis, jenazah bapanya akan dibawa ke Masjid Bukit Baru Melaka untuk urusan mandi dan kafan, serta akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru Melaka.

“Jam 11.30 pagi, jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Baru Melaka untuk urusan mandi dan kafan.

Solat jenazah selepas Zohor dan dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru Melaka.”-tulis Hanis lagi

Pada pertengahan Jun, Hanis Kamal memaklumkan mengenai keadaan bapanya ketika yang disahkan mengidap Kanser paru-paru tahap empat dan kaner itu juga telah merebak ke dada, salur darah, dan berhampiran rusuk.Malah, bapanya juga mengalami strok dan terdapat kuman di dalam darah.

Kami di Murai My turut mahu megucapkan takziah buat Hanis sekeluarga. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah….

Kamal Bakar
https://lomp.at/q2tv7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @azarazmiofficial (FB)
Lokal

“Penat Hidup, Kesilapan Aku Terlalu Percayakan Orang”- Azar Azmi

by Nurul A.
April 9, 2026

Selepas sekian lama menyepi daripada perhatian umum, pelakon Azar Azmi akhirnya tampil membuka mulut, menjelaskan khabar angin mengenai rumah tangganya....

Read moreDetails
Foto - @abbyabadi_112 (IG)
Lokal

Netizen ‘Geram’ Marissa Tak Ambil Iktibar Dari Perkahwinan Ibu, Ini Respons Abby Abadi

by Nurul A.
March 31, 2026

Nama pelakon Abby Abadi tidak lekang daripada mulut warganet selepas meluahkan perasaan di platform Threads semalam. Menerusi komennya yang ditinggalkan...

Read moreDetails
Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
Spotlight

Pevita Pearce Solat Raya Di Masjid Besar Bernilai RM30 Juta Milik Bapa Mentua Di Penang

by Zaidin Albert
March 27, 2026

Kalau tengah scroll Instagram, mesti tak terlepas tengok Pevita Pearce yang tengah menikmati momenhari raya bersama suami tercinta, Mirzan Meer,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed mengundang kritikan netizen selepas berkongsi momen isterinya, Fatin Syazwani sedang berniaga, baru-baru ini....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara