Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kamal Masih Sayang Uqasha” – Ruang Komen Dibanjiri Wakil Cinta Netizen Usaha Pujuk Uqasha Senrose

by Puteri Alia
October 30, 2025
Share on Facebook

Ruang komen di laman sosial milik pelakon Uqasha Senrose hari ini bertukar menjadi medan penuh emosi apabila dibanjiri ribuan mesej kasih dan rindu daripada netizen yang ‘mengirim’ pesanan bagi pihak suaminya, pelakon Kamal Adli. Fenomena itu tercetus selepas Kamal dilapor berharap orang ramai dapat menyampaikan rasa sayang dan rindunya terhadap Uqasha melalui ruangan komen media sosial aktres jelita itu.

Permintaan itu dibuat oleh Kamal ketika ditemui selepas prosiding sebutan permohonan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini. Ucapan tulus pelakon Abang Long Fadil itu nyata menyentuh hati ramai pihak, apatah lagi dalam keadaan rumah tangganya yang kini menjadi perhatian umum. Tidak lama selepas kenyataan tersebut tular, ruangan komen beberapa hantaran Uqasha di Instagram dan TikTok mula dipenuhi dengan kata-kata penuh doa dan harapan daripada peminat.

Rata-rata pengguna media sosial seolah-olah menjadi ‘penyampai rindu’ apabila menulis komen yang mewakili luahan hati Kamal kepada isterinya.

“Hai Uqasha sayang. Saya datang nak sampaikan pesan Kamal. Kamal love you! Kamal sayang Uqasha sangat-sangat. Semoga Allah campakkan semula rasa rindu dan kasih sayang di hati kalian berdua serta dikurniakan rumah tangga bahagia hingga ke jannah,” tulis seorang pengguna yang mendapat ribuan tanda suka.

Ada juga yang menitipkan nasihat lembut agar Uqasha memberi ruang kepada perasaan cinta yang masih wujud antara mereka.

“Kamal pesan… Kamal sayang Uqasha. Janganlah emosi sangat. Bersyukurlah, Uqasha, sebab Kamal masih sayangkan awak dan mahu selamatkan rumah tangga itu,” tulis seorang lagi netizen yang turut mendoakan agar hubungan pasangan itu kembali pulih.

Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis indah di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan. Meskipun berdepan ujian rumah tangga, tindakan Kamal yang masih menunjukkan kasih sayang terbuka terhadap isterinya nyata menyentuh hati ramai, malah warganet menganggap ia bukti cinta yang belum padam antara dua insan yang pernah berjanji sehidup semati.

Uqasha Senrose Kekal Dingin, Kamal Adli Masih Enggan Mengalah Pertahankan Rumah Tangga
uqasha
https://lomp.at/gtk8r
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
Berita

Ojenn Aiwahhh Perjelas Kenyataan ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’-“Ayat Itu Ojenn Tujukan Buat..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojenn Aiwahhh tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya mengenai 'jangan cari pasal dengan orang berduit' yang ditulisnya...

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Dedah Pelakon Wanita Dituduh ‘Scammer’ Pernah Hubungi Minta Wang-“Tiba-Tiba Suami Dia Yang Pickup!..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil bersuara mengenai salah seorang rakan selebriti yang didakwa terlibat dengan penipuan wang (scammer). Kongsi Janna atau...

Read moreDetails
Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana. Mas...

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara