Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kami Bukan Beli Satu Percuma Satu” – Shila Amzah Terkilan Ditawar Kerja Pakej Suami Isteri

by Puteri Alia
November 8, 2025
Share on Facebook

Penyanyi terkenal, Shila Amzah meluahkan rasa terkilan apabila masih ada pihak yang menawarkan kerja kepadanya dengan bayaran berbentuk ‘pakej suami isteri’. Bagi Shila, tindakan sedemikian bukan sahaja tidak profesional, malah menafikan nilai kerja seni masing-masing yang berbeza.

via Instagram Shila Amzah

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, menjelaskan bahawa dirinya dan suami, pempengaruh media sosial Ubai MZ, mempunyai bidang tugas serta kadar bayaran yang tidak boleh disamakan.

“Tetaplah nak harga pakej laki bini. Usahlah wahai kawan, kasihanilah kami yang kerja bebas ni. We don’t come in package. Kami bukan beli satu percuma satu. Tidak kiralah muncul satu saat ke, cuma guna suara ke,” tulis Shila dalam satu hantaran di Threads yang menarik perhatian ramai.

Luahan juara Asian Wave 2012 itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan rakan industri yang menyokong kenyataannya. Ramai bersetuju bahawa seseorang artis seharusnya dinilai berdasarkan sumbangan dan kepakarannya sendiri, bukan hanya kerana status perkahwinan mereka.

“Penat artis bina nama, senang-senang nak beli satu dapat satu. Babap karang,” tulis seorang netizen secara berseloroh. Ada juga yang berpendapat tawaran seperti itu seolah-olah memperkecilkan nilai kerja seni pasangan suami isteri yang masing-masing berdiri atas bakat sendiri.

“Kalau nak pakej pun, harga kena termasuk dua orang. Tiada diskaun untuk bakat,” komen seorang lagi peminat yang menyokong pendirian Shila.

Untuk rekod, Shila dan Ubai MZ mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023. Pasangan ini sering muncul bersama di beberapa acara hiburan dan siaran media sosial, namun Shila menegaskan bahawa setiap urusan kerja tetap dilakukan secara berasingan dan profesional.

Bagi Shila, perkahwinan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menurunkan nilai karya atau bayaran seseorang artis, lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah lama membina nama dan reputasi dalam industri hiburan tanah air.

[VIDEO] Ramai Puji 'Kritikan Pedas' Aina Abdul-"Yang Ini Aku Sokong!"
shila amzah
https://lomp.at/u8cqu
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Eyka Farhana Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Segannya Tengok Pakaian..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Umum mengetahui pelakon, Eyka Farhana baru sahaja mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama setelah hampir dua tahun mendirikan...

Read moreDetails
Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
Spotlight

Anak Boss AirAsia Bercinta Dengan Ratu Cantik Malaysia, Lesleyy Cheam. Mohon Doa Ke Jinjang Pelamin

by Zaidin Albert
March 25, 2026

Nama Lesleyy Cheam sekali lagi menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan jejaka dikenali, Ishraq Kamrudin. Lebih menarik, Ishraq bukan calang-calang individu...

Read moreDetails
Foto - @aryanformen (TikTok) / @bront_palarae (IG)
Lokal

[VIDEO] Gemuruh ‘Catwalk’ Sampai Lupa Buang ‘Chewing Gum’, Bront Palarae Mohon Maaf

by Nurul A.
January 30, 2026

Pelakon kacak, Bront Palarae tampil memohon maaf selepas dilihat mengunyah chewing gum ketika berjalan di pentas peragaan Warna Lebaran Ariani...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara