Sunday, August 24, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

“Kami Tak Selesa Dengan Lagu Ni”- One Nation Emcees

by Khai Azfar
November 28, 2019
139
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai yang menyifatkan persembahan kumpulan One Nation Emcees(ONE) dalam Gegar Vaganza 2019 (GV2019) pada minggu lalu merupakan yang terbaik bagi satu-satunya kumpulan dalam rancangan realiti itu.

Sebagai rekod, ONE berada di kedudukan ketiga dengan perolehan markah 70%.

Susah Untuk Bawakan Lagu Balada 

Namun bagi mereka, persembahan dalam minggu keenam merupakan antara yang paling sukar untuk dihadapi.

Menurut Mimi, lagu Bila Rindu dendangan asal kumpulan Ruffedge bukanlah forte mereka kerana sebelum ini ONE lebih dikenali dengan lagu-lagu yang rancak.

Malah tatkala diumumkan mereka membawakan lagu bergenrekan balada, pada ketika itu pelbagai persepsi untuk membawakan lagu ini mula bermain difikiran.

Dedah Mimi lagi, saat berbincang untuk membawakan lagu ini dari perspektif lain terjadinya salah faham diantara mereka namun ianya tidaklah berpanjangan memandangkan mereka berusaha keras untuk ke tahap ini dan saling melengkapi antara satu sama lain.

“Minggu ini kami banyak bekerja keras kerana lagu ini agak susah untuk dibawa sehingga jadi salah faham namun kami bersyukur dengan perbincangan dan persetujuan bersama kami berjaya membawakannya. Sebelum konsert berlangsung, kami berasa tidak selesa kerana lagu ini lagu balada.

Tapi entah macam mana walaupun kami agak tertekan perasaan kasih sayang itu menjadikan ikatan kami lebih rapat maka terjadilah persembahan terbaik seperti di atas pentas “

Anggap Peserta GV Seperti Keluarga 

Dalam perkembangan lain mengenai pengumuman yang dibuat pihak Astro mengenai lanjutan program realiti tersebut, mereka menerimanya dengan hati yang terbuka.

Malah ONE menganggap keputusan itu membakar semangat mereka untuk terus menghiburkan peminat dengan memberi persembahan yang lain daripada yang lain.

Keputusan itu bukan sahaja satu berita gembira buat mereka, malah ianya juga dapat merapatkan lagi hubungan mereka dengan peserta GV yang lain yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

“Kami tidak pernah kisah separuh akhir atau akhir sekalipun, apa yang kami fikir lagu yang kami dapat itu untuk jadikannya yang terbaik. Bila kami tengok rakan-rakan yang mungkin tak dapat ke pusingan seterusnya, kami rasa sedih kerana kami sudah anggap mereka seperti keluarga sendiri.

Minggu ini very ‘touching’ malah kami pada mulanya terfikir barangkali mungkin kami yang akan tersingkir. Kami sangat rapat dengan semua peserta GV, kami berbincang sama-sama dan sebagainya dan kalau boleh semua ke final, memang kami nak semua bersama-sama”

Pada konsert minggu ketujuh, ONE yang dianggotai Mimi, Kozae,J ojoe dan Sabhi Saddi bakal mempersembahkan lagu Anak dendangan asal Freddy Aguilar dan menjanjikan ianya sesuatu yang bakal diingati oleh peminat mereka.

one nation emcees
https://lomp.at/1ozsh
Share65Tweet31SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Waris Selar Kenyataan Saifuddin Nasution, Dakwa “Tipu & Fitnah” Ibu Zara Qairina

  2. 2

    Selain Peguam Ram Singh, Video Liputan Munafik Hunter Oleh Caprice Di Mahkamah Sabah Jadi Perhatian

  3. 3

    Kapsyen Aliff Aziz Di Thread Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Acah La Engkau..”

  4. 4

    [VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!

  5. 5

    [VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem