• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

‘Kami Tersangkut Dekat Tanah Runtuh’- Fizo Omar Kongsi Detik Terperangkap Di Lebuhraya Karak

Usahawan selebriti ini kongsi detik cemas redah lebuhraya dalam keadaan banjir

by Puteri Alia
December 20, 2021
Foto - Instagram @fizoomar

Foto - Instagram @fizoomar

Share on Facebook

Tiada siapa dapat menelah cuaca yang mendung mengandungi hujan, mampu menyebabkan banjir hingga menenggelamkan jalanraya seperti air sungai yang mengalir deras. Itulah yang dilalui pelakon dan usahawan terkenal Fizo Omar pada hari Sabtu kelmarin.

‘Gamble’ Redah Patah Balik KL

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Fizo mengatakan dirinya bersama rakan kongsi dan pekerjanya terkandas di lebuhraya dekat dengan tanah runtuh dari jam 11 lebih sebelum membuat keputusan untuk patah balik ke Kuala Lumpur.

Foto – Instagram @fizoomar

“Allahu Akhbar!!!

Terkejut bila tengok video ni. Kat sini lah saya dan partner saya @dr_hannanyusof dan staff saya terkandas semalam dari jam 11 lebih.

Kami tersangkut dekat tanah runtuh ni lah malam tadi dan ambil keputusan untuk patah balik dan cross ke seberang jalan (wrong way) menunju ke KL. Malam tadi air sebelah jalan yang menghala ke Kuantan tu tinggi sangat macam dalam video ni dah macam sungai dah tu.

Terima kasih kepada semua semalam yang bersama buka jalan (emergency divider) untuk masuk ke opposite lane dan gamble juga menghala ke KL. Jadi sepanjang jalan tu, tanah runtuh dan pokok tumbang semua bersepah di Karak highway tu. MasyaAllah.

Ramai mangsa yang terkandas dan terpaksa keluar dari kereta dan bas untuk mencari tempat yang selamat, takut tanah runtuh lagi dan air naik mendadak.

Mereka tak ada hala tuju di tengah-tengah jalan highway dalam hujan lebat dan gelap gelita. Ramai weh, beratus-ratus orang termasuk bayi kecil dan warga emas. I can’t help it!! Seriously sedih gila tengok!!

Beberapa buah kereta je yang gamble dan follow kereta kami semalam dan akhirnya berjaya sampai tol Karak dan berhenti di BHP. Alhamdulillah sekitar jam 3 pagi saya selamat sampai di KL. Syukur alhamdulillah.” Luahnya

Tertanya Nasib Mereka Yang Terkandas

Mengenangkan apa yang telah dilaluinya sepanjang perjalanan di lebuhraya Karak, membuatkan usahawan ini tertanya-tanya apakah nasib mereka yang terkandas. dan berharap mereka mendapat bantuan secepat mungkin.

View this post on Instagram

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

“Tertanya-tanya apakah nasib mereka semalam tu. Pandangan saya, pihak LPT (Lebuhraya Pantai Timur) sepatut ambil tindakan segera dengan menutup terus tol masuk ke highway Karak malam tadi bila berlaku insiden tanah runtuh dan banjir.

Kerana sehingga jam 2 pagi kereta masih lagi menghala ke tempat terkandas tu, dan takut dikhuatiri ramai stuck kat situ dan tiba-tiba tanah runtuh menghempap mereka yang stuck kat highway tu.

MasyaAllah pagi ni Karak highway dah jadi macam sungai arus deras. Allah masih selamatkan kami syukur alhamdulillah.

Semoga mereka yang terkandas dan masih lagi di sana di lindungi dan mendapat bantuan yang secepat mungkin.

#karakhighway” Kongsinya

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- "Daddy Dulu Botol Mineral Je.."
banjirfizo omar
https://lomp.at/7ocki
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore