Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Kanak-Kanak Terus Terseksa, Penduduk Gaza Terpaksa Minum Air Kumbahan Dan Makan Rumput Untuk Hidup

by Puteri Alia
June 5, 2024
Share on Facebook

Krisis kemanusiaan yang melanda Gaza telah mencapai tahap kritikal di mana penduduknya terpaksa minum air kumbahan dan makan makanan haiwan serta rumput untuk meneruskan kehidupan.

Pendedahan ini dibuat oleh pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Hana Balkhy, yang menggambarkan situasi di Gaza sebagai amat terdesak.

Dr. Hana Balkhy, Pengarah Wilayah Mediterranean Timur WHO, memberi amaran bahawa perang antara Israel dan Palestin memberikan kesan buruk yang meluas terhadap penjagaan kesihatan di seluruh wilayah tersebut.

Beliau menyeru agar akses bantuan segera ditingkatkan untuk wilayah yang dikepung itu, terutamanya bagi menangani kesan buruk terhadap kanak-kanak yang berisiko mengalami kesan berpanjangan.

“Di Gaza, ada orang kini makan makanan haiwan, makan rumput dan mereka terpaksa minum air kumbahan kerana tiada sumber lain. Kanak-kanak hampir tak boleh makan, sedangkan trak-trak sarat berisi bantuan masih menunggu di luar Rafah,” kata Dr. Balkhy semasa ditemubual di ibu pejabat WHO di Geneva.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah lama memberi amaran tentang kebuluran yang melanda Gaza, di mana 1.1 juta orang atau kira-kira separuh daripada penduduk di wilayah tersebut sedang mengalami krisis bekalan makanan.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB menyatakan bahawa kekangan akses terus menjejaskan penghantaran bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa di seluruh Gaza.

Keadaan semakin buruk sejak Mei lalu apabila sekatan semakin diperketatkan oleh tentera Israel. Proses pengagihan bantuan terhalang akibat peperangan, pengeboman, serta permukaan jalan raya yang dipenuhi serpihan sisa peperangan.

Dr. Balkhy, yang baru memegang jawatan pada Februari lalu, menekankan bahawa Gaza sangat memerlukan keamanan dan peningkatan akses bantuan melalui jalan darat.

Selepas lawatan baru-baru ini ke persimpangan Rafah dari Mesir ke selatan Semenanjung Gaza, beliau menggesa rejim Zionis untuk membuka semula sempadan tersebut.

Tegas beliau, laluan Kerem Shalom tidak memadai dan usaha melalui koridor maritim dan udara tidak masuk akal kerana laluan darat jauh lebih murah serta berkesan untuk menghantar bantuan.

Beliau juga kecewa dengan sekatan peralatan perubatan yang dikenakan oleh Israel, yang mendakwa bahawa peralatan tersebut boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Peralatan yang disekat termasuk ventilator dan bahan kimia untuk penulenan air bersih. Pada masa yang sama, Dr. Balkhy menekankan keperluan mendesak pesakit di Gaza, di mana setakat ini seramai 11,000 pesakit berada dalam keadaan kritikal dan cedera parah serta memerlukan akses perubatan segera.

“Pesakit yang keluar menunjukkan beberapa trauma yang sangat rumit, patah tulang yang berisiko dijangkiti, kesan terhadap pelbagai ubat dan kecacatan dialami kanak-kanak.

Untuk memulihkan orang seperti ini dan merawat mereka, anda memerlukan sistem penjagaan kesihatan yang sangat kompleks,” katanya.

Dr. Balkhy, seorang pakar pediatrik penyakit berjangkit, menekankan bahawa kesan jangka pendek dan panjang konflik di Gaza jelas memberi kesan buruk terhadap langkah asas kesihatan awam seperti keperluan air bersih, makanan sihat, dan imunisasi rutin.

Situasi ini menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada penyakit seperti campak, cacar air, cirit-birit, dan penyakit pernafasan.

“Ia akan memberi kesan besar kepada kesihatan mental. Ia akan menyebabkan sindrom tekanan selepas trauma yang besar,” tegasnya.

Krisis ini memerlukan tindakan segera dari komuniti antarabangsa untuk memastikan bantuan kemanusiaan dapat disampaikan dengan pantas dan berkesan bagi mengurangkan penderitaan penduduk Gaza.

gazagaza strippalestin
https://lomp.at/2umwn
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Freepik/ X
Dunia

AirPods ‘Sebelah Hidup, Sebelah Nazak’ Curi Tumpuan, Netizen Sindir “Tim Apple”

by Naja Nix
December 31, 2025

Satu perkongsian di platform X baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan pengguna peranti Apple apabila memaparkan tangkap layar tahap...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore