Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Kebetulan? Ini 5 Persamaan Filem X-Men: Dark Phoenix & Captain Marvel

by Khai Azfar
June 17, 2019
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Biarpun X-Men: Dark Phoenix digambarkan ramai sebagai edisi nya yang paling teruk namun jika dilihat fokus pada filem ini anda mungkin akan berasakan Dark Phoenix jauh lebih mendalam.

Review Filem X-Men 

Bagi kami yang sudah menonton dua kali filem ini, suka untuk kami katakan bahawa setiap karakter diperkembangan aksi nya terutama Jean Grey sama seperti perancangan asalnya. Namun disebabkan tajuknya tertera sebagai X-Men, penonton beranggapan ianya akan menceritakan perjalanan setiap watak didalamnya namun sebaliknya ianya lebih berkisar mengenai Jean. Barangkali mereka boleh mengubah tajuknya kepad Jean Grey : Dark Phoenix sama seperti filem tunggal Wolverine terdahulu.

5 Persamaan Dark Phoenix Dan Captain Marvel 

Biarpun begitu, buat anda yang sudah menontonnya anda mungkin akan perasan filem ini seolah-olah terdapat persamaan dengan filem adiwira wanita pertama Marvel, Captain Marvel. Buat anda yang tidak tahu, penamat filem Dark Phoenix terpaksa menjalani penggambaran semula dek kerana terdapat persamaan dengan babak filem Captain Marvel dan Captain America: Civil War. Akan tetapi, sebenarnya jika dilihat semua terdapat persamaan lain yang jelas kelihatan dalam Dark Phoenix dan Captain Marvel. murai.my tampilkan 5 persamaan tersebut!

Mengangkat Adiwira Wanita

Kita sedia maklum bahawa Marvel sememangnya mahu ‘mengangkat’ Captain Marvel sebagai filem tunggal adiwira wanita mereka. Namun secara tidak langsung, X-Men Dark Phoenix lebih tertumpu kepada watak Jean Grey selaku pelakon utama nya biarpun tajuknya adalah ‘X-Men’. Malah terdapat salah satu babak dalam Dark Phoenix terselit dialog yang dimainkan oleh Jennifer Lawrence sebagai Raven/Mystique yang menyebut kebanyakannya adiwira wanita yang lebih berkuasa dan banyak membantu selain menyebut X-Men sebagai X-Women.

‘Sedut’ Kuasa

Biarpun Jean Grey sememangnya dilahirkan sebagai seorang mutan, namun dalam Dark Phoenix ianya menceritakan permulaan bagaimana Jean mendapat kuasa yang luar biasa dan menjadi semakin kuat.

Dalam filem ini, Jean telah menyerap satu punca kuasa luar biasa ketika mahu menyelamatkan para angkasawan di angkasa lepas.

Jika dilihat semula pada filem Captain Marvel, Carol Danver juga mendapat kuasa nya dari serapan letupan punca kuasa yang dikenali sebagai Tesseract.

Terbang Jauh Sehingga Ke Angkasa Lepas

Sebelum ini, kita tidak tahu bahawa Jean berupaya terbang jauh sehingga ke angkasa lepas dalam masa yang singkat sehinggalah ditunjukkan dalam Dark Phoenix.

Captain Marvel juga sama mampu terbang jauh dalam masa yang singkat dan ditunjukkan dalam filem tunggalnya dan Avengers : EndGame.

‘Throwback’ Ketika Kecil

Dalam kedua-dua filem ini, turut ditampilkan babak imbas kembali atau ‘throwback’ ketika masih kecil. Jika Jean mengimbas kembali detik kematian ibunya ketika kecil, Carol pula mengimbas kembali kejadian bagaimana dia menjadi begitu cekal dan tabah meneruskan hidup.

Keupayaan Makhluk Asing Yang Sama

Menerusi filem Captain Marvel, peminat sudah tahu bahawa makhluk Skrull berupaya untuk berubah menjadi sesuatu watak yang mereka mahukan.

Sama seperti Dark Phoenix, watak penjahat yang melawan mutan dikenali sebagai puak D’Vari juga berupaya menyamar dan jauh lebih berkuasa!

captain marvel x-men dark phoenixreview filem x-men dark phoenixX-Men: Dark Phoenix
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem