Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Kecoh Sheila On 7 Di Bukit Jalil, Peminat Meronta – “Ingatkan Hijab Dia Dah Tertutup”

Latihan Pestapora Bawa Sheila On 7 ke Malaysia, Peminat Tak Keruan

by Phic ARMAN
June 5, 2025
Share on Facebook

Sheila On 7 akhirnya datang ke Malaysia! Ya, bukan teaser, bukan khabar angin , memang sah. Kumpulan legenda dari Indonesia itu akan menggegarkan pentas Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Julai ini sempena festival muzik Latihan Pestapora.

Pengumuman rasmi oleh pihak penganjur, Hitman Solutions, di Instagram mengejutkan ramai. Sebelum ini, acara tersebut dijadualkan berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, namun kini dipindahkan ke lokasi yang jauh lebih besar, petanda awal betapa besar sambutan yang dijangka.

Peminat Teruja, Ruangan Komen Riuh

Belum sempat seminggu diumumkan, ruangan komen di posting Instagram Hitman Solutions sudah penuh dengan pelbagai reaksi daripada yang teruja tak tentu arah, sampai ke yang berseloroh dengan ayat-ayat yang buat ramai tersengih.

View this post on Instagram

A post shared by Latihan Pestapora Malaysia (@latihanpestapora.my)

Antara komen mencuri tumpuan:

“Thanks min bawa SO7!! Ingatkan hijab dia dah tertutup, tak nampak Malaysia ni wujud!” – satu komen penuh makna yang mencuit hati ramai.

“Wahh confirm esok sold out!!” – kata seorang lagi yang nampaknya dah mula panik tentang tiket.

“THANKYOUUU DO MIN SUMPAH 4 TAHUN SAYA TUNGGU DORANG DATANG SINI HAHAHAHAHHAHA” – luahan emosi peminat tegar yang jelas tidak dapat menyembunyikan keterujaannya.

Dari Jakarta Ke Bukit Jalil – Impian Jadi Nyata

Latihan Pestapora merupakan versi pemanas enjin kepada festival Pestapora di Jakarta, sebuah acara muzik tahunan yang cukup terkenal dengan lineup artis hebat. Kini, ia dibawa ke Malaysia oleh Hitman Solutions bersama Boss Creator, dan siapa sangka, Sheila On 7 jadi antara daya tarikan utama.

Bagi yang membesar dengan lagu-lagu seperti Dan, Sephia, Anugerah Terindah Yang Pernah Kumiliki dan Melompat Lebih Tinggi, berita ini memang betul-betul membangkitkan nostalgia. Ramai yang menunggu saat ini sejak bertahun lamanya, dan akhirnya ia jadi kenyataan.

Tiket Dijangka Laris – Jangan Tunggu Lama

Melihat kepada sambutan awal, besar kemungkinan tiket akan habis dalam masa singkat. Jadi buat yang memang dah lama simpan hajat nak tengok SO7 secara langsung, ini peluang terbaik. Tak perlu ke Jakarta – sebab kali ini, Duta dan teman-temannya yang datang ke sini.

YouTube video

Bersedia untuk malam penuh kenangan, nostalgia dan lautan suara yang menyanyi seiring dengan lagu-lagu yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup ramai orang.

Jumpa di Bukit Jalil, 26 Julai nanti, Sheila On 7 sudah bersedia, peminat pun nampaknya tak sabar lagi!

Latihan Pestapora Malaysia 2025 Umum 'Lineup' Fasa Pertama, Lebih 24 Artis Malaysia & Indonesia Bakal Kongsi Pentas!
latihan pestapora malaysiaSheila on 7
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem