Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kekasih Pemain Bola Sepak ‘Dibelasah’ -“Bila Tengah Sayang Semua Mahu Diciumnya, Tapi Kalau Tengah Marah…”

by Puteri Alia
June 9, 2023
Share on Facebook

Perasaan marah adalah salah satu bentuk luahan emosi ketika seseorang memberi reaksi terhadap situasi yang tidak menyenangkan.

Namun, sikap mudah marah boleh menjadi masalah apabila seseorang gagal mengendali atau mengawal rasa amarah dalam diri.

Setelah itu, otot-otot tubuh akan menjadi menegang, degupan jantung meningkat dan tekanan darah melonjak menyebabkan seseorang itu mudah naik angin dan seterusnya jika gagal mengawal perasaan akan mula bertindak agresif terhadap diri sendiri mahupun orang lain.

Apabila seseorang sedang marah, mereka akan memberi respons terhadap situasi negatif sebelum badan akan melepaskan hormon adrenalin.

Namun begitu, usah bertindak melulu. Hal yang demikian boleh membahayakan diri sendiri serta orang lain.

Sebagai contoh, baru-baru ini tular di media sosial kekasih pemain bola sepak Sabah, Rizal Ghazali telah memuat naik satu gambar menunjukkan dirinya telah dicederakan oleh individu yang disayangi baru-baru ini.

Perbuatan terbabit menyebabkan wanita berkenaan mengalami lebam di tangan dan beberapa kesan calar sebelum mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta.

Kekasihnya yang dikenali sebagai Dr Hana Rose memuat naik beberapa keping gambar tangannya yang cedera.

“Dulu berjanji untuk setia selamanya sehingga tua. Tapi akhirnya terkadang wanita bule jadi budu dengan yang dia sayang, berdiam n bertahan.

“Sekarang saya phobia dan trauma,” tulisnya di laman istagram drhanarose.

Memetik laporan berita, terkini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan bahawa, kejadian berkenaan berlaku berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

“Status terkini adalah pihak kami masih melakukan siasatan lanjut dan kita menunggu laporan perubatan.

“Setelah laporan perubatan selesai, kita akan majukan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR),”jelasnya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya, tengah hari.

Katanya, mangsa difahamkan mengalami kecederaan pada bahagian badan serta dahi.

Bagaimanapun, suspek berusia 30 tahun yang merupakan pemain bola sepak Liga Super tempatan itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Jelas Fakhrudin, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita tempatan berhubung berlakunya perselisihan faham dirinya bersama suspek.

rizal ghazali
https://lomp.at/wjm8j
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Ditegur Netizen Isu ‘Bengkak Susu’?-“Kalau Suami Urut Lama Sangat Kang…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan bernama Anggun Mikayla di salah sebuah pusat...

Read moreDetails
Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara