Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kembalikan Rotan!” – Nadzmi Adhwa Bersuara Lepas Kes Rogol Dan Tikam Pelajar Gegar Negara

by Puteri Alia
October 16, 2025
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Nadzmi Adhwa tampil bersuara mengenai peningkatan kes jenayah di sekolah yang semakin membimbangkan, menyarankan agar hukuman merotan dikembalikan semula sebagai salah satu cara mendisiplinkan pelajar. Menurut Nadzmi atau nama penuhnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 32, tindakan tegas seperti yang diamalkan suatu ketika dahulu terbukti berkesan dalam membentuk generasi yang lebih beradab, menghormati guru dan tahu batas disiplin diri.

via Instagram Nadzmi Adhwa

“Mak ayah saya cikgu yang dah pencen. Zaman kita dulu kalau cikgu marah, mak ayah akan tambah kat rumah, bukan ‘backup’ anak. Kalau salah, itu tetap salah! Siapa sahaja yang tak pernah kena rotan, tarik rambut tepi telinga atau dicubit? Itu yang buat kita jadi manusia berguna di masa depan. Kembalikan rotan,” tulisnya dalam satu hantaran di platform Threads.

Pandangan lantang suami kepada pelakon Ardell Aryana itu hadir selepas beberapa kes jenayah melibatkan pelajar sekolah mengejutkan masyarakat. Antaranya termasuk insiden rogol yang didakwa dilakukan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Melaka, serta kes tikaman hingga menyebabkan kematian di Petaling Jaya yang berlaku baru-baru ini.

Nadzmi berpendapat, kelembutan melampau dalam mendidik anak-anak mungkin menjadi antara punca nilai hormat dan disiplin semakin luntur dalam kalangan generasi muda masa kini. Katanya, peranan guru kini sering terbatas apabila segelintir ibu bapa terlalu melindungi anak meskipun jelas melakukan kesalahan. Situasi ini, menurutnya, berbeza dengan zaman dahulu apabila ibu bapa dan guru bersatu dalam mendidik anak-anak, bukan berlawan siapa yang lebih betul.

Pandangan itu turut menerima pelbagai reaksi daripada warganet, dengan majoriti menyokong cadangan agar hukuman rotan diperkenalkan semula secara terkawal di sekolah. Ramai bersetuju bahawa disiplin tegas mampu mengelakkan pelajar daripada terlibat dalam salah laku serius seperti buli, pergaduhan dan jenayah berat.

Nadzmi Adhwa Mengenangkan Nasib Isteri Yang Ditahan 'Israhell'-"Apa Lah Yang Awak Tengah Rasa Ya.."

Walaupun ada yang berpendapat rotan bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian, ramai melihat kenyataan Nadzmi sebagai peringatan penting bahawa mendidik anak bukan sekadar memberi kasih sayang, tetapi juga perlu disertai ketegasan dan nilai tanggungjawab. Dalam dunia moden yang semakin mencabar, mesej yang dibawa Nadzmi Adhwa ini jelas mengundang perdebatan hangat  antara kasih yang menenangkan, dan disiplin yang membentuk insan berguna.

nadzmi adhwa
https://lomp.at/rpk3b
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Brooklyn Peltz Beckham Pilih Tidak Mahu Berdamai Dengan Ibu Bapa

by Nurul A.
January 20, 2026

Selepas mendiamkan diri beberapa tahun, anak sulung Victoria Beckham dan David Beckham, iaitu Brooklyn Peltz Beckham berkata dia tidak mahu...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara