• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kemunculan Epik Duo Rockers ‘Buck & Awas’ Mengembalikan Zaman Rock Kapak

Amacam Lu Orang? Nak Rock Kapak? Bukan Leleh-Leleh Atau Jiwang-Jiwang Beb. ‘Naik Hantu’ Layannnnn…..!

by Aphit J.
August 31, 2024
Share on Facebook

“Fulamakk brader!  Dia punya layan tak buleh blah!’ Feel beb.”  Dengan rambut mengerbang bagaikan ditiup angin dari helikopter, jaket kulit tebal, seluar sendat, buckle tali pinggang sebesar penumbuk dipadankan dengan aksesori buatan dari besi-besi,  berkasut boots macam nak naik kuda, kaki kepit….itulah jiwa kental bakat baru dibawah naungan Alternate Records & Talents, Buck & Awas.

Duo Rocker Tampil Dengan Single Baharu

Bersedia untuk layan Rock Kapak? … Ini bukan cebisan kisah daripada lipatan sejarah.  Ini betul-betul Duo Rockers  yang tampil dengan single terbaharu  ‘Naik Hantu’, yang akan membuat lu orang semua terangkat dan naik hantu bersama-sama!

Siapa sangka persembahan cincai-cincai mereka dalam acara di team building syarikat, akhirnya mencetuskan minat pihak pengurusan, yang kemudiannya terus mengangkat mereka sebagai talent.

Ibarat keluar dari zon selesa, dari kerja di belakang tabir ke depan mikrofon, kini Buck & Awas melangkah tanpa menoleh ke belakang.

Bukan Untuk Bersaing

via Primeworks

Bukan berhasrat untuk bersaing dengan bakat-bakat baru BBNU (budak baru nak up) generasi Z, tetapi peluang dibuka untuk Buck & Awas mencuba apa yang pernah mereka impikan suatu ketika dahulu.

Buck & Awas mula dikenali dalam dunia hiburan dengan mencipta konten viral bersama artis-artis terkenal di Anugerah Juara Lagu 38 yang lalu.

Mereka kemudiannya tampil sebagai cameo dalam drama aksi kepolisan ‘Polis Peronda’ yang juga merupakan pengalaman pertama dalam lakonan.

Kini, mereka terjun pula ke bidang nyanyian dengan lagu cover pertama berjudul ‘Naik Hantu’ versi rock, yang turut menjadi runut bunyi filem ‘Pontianak 200kg’, dinyanyikan oleh Shiha Zikir dan Aya Amiruddin.

‘Naik Hantu’ versi Buck & Awas, yang menggabungkan elemen rock dan rap dengan sempurna dan bertenaga adalah hasil idea daripada pengarah muzik terkenal Iqie Hugh, Shazriq Azeman, dan Omar K sebagai komposer bersama dengan kerjasama Alternate Records & Talents.

Memilih Genre Rock

Genre rock ini dipilih kerana bersesuaian dengan karakter Buck & Awas yang penuh semangat selain dari keunikan suara mereka yang penuh karektor  yang mampu menyampaikan genre muzik ini dengan bertenaga.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu cover versi rock ‘Naik Hantu’ nyanyian Buck & Awas yang telah mula rancak bergegar di pelbagai aplikasi dan platform penstriman dalam talian seperti Spotify dan YouTube Music.

Ayuh saksikan filem komedi seram ‘Pontianak 200kg’ yang akan ditayangkan pada 5 September 2024 di pawagam seluruh Malaysia .

Untuk maklumat terkini berhubung Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.  Dan juga, jangan lupa ikuti Buck & Awas di Instagram @buck_awas  dan TikTok @buck.awas.

Buck & Awas
https://lomp.at/7l3wg
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore