Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Kemurungan Di kalangan Kanak-Kanak. Mustahil?

by Jash Lee
March 20, 2020
Share on Facebook

Kanak-kanak juga tidak lari dari masalah kemurungan dan tidak terkawal menghadapi masalah berkaitan emosi seperti sedih, takut, marah atau tingkahlaku.

Kemurungan kanak-kanak biasanya berpunca :

  • Tekanan perasaan akibat dipulaukan oleh keluarga sendiri.
  • Kehilangan ahli keluarga terdekat yang disayangi.
  • Faktor genetik yang mempunyai sejarah kemurungan.
  • Mempunyai sejarah penyakit jiwa pada zaman kanak-kanak contohnya gangguan kemerosotan hyperaktif dan gangguan dalam pembelajaran, penderaan dan gangguan kekusutan (anxiety).

Antara tanda-tanda kemurungan yang ditunjukkan dalam

Kelakuan

  1. Sedih atau tangisan yang berterusan
  2. Kurang berminat dalam aktiviti yang menggembirakan dan selalu letih.
  3. Suka bersendirian / tidak mahu bergaul
  4. Resah dan mudah marah
  5. Hubungan yang sentiasa tegang
  6. Suka ponteng sekolah
  7. Lari dari rumah
  8. Sensitif apabila kemahuan tidak dipenuhi.

Perasaan / Emosi

  1. Kurang tumpuan pada sesuatu
  2. Kurang rasa puas hati
  3. Kurang keyakinan diri
  4. Selalu merasa bersalah
  5. Mudah merasa bosan
  6. Berasa tertekan kerana disingkirkan

Perubahan Fizikal

  1. Kurang tahap kecerdasan diri
  2. Masa tidur dan makan yang tidak konsisten
  3. Mempunyai masalah kesihatan seperti selalu sakit kepala, sakit perut dan sebagainya.
  4. Masalah berat badan.

Ibu bapa disarankan untuk meneliti dan memohon bantuan psikologi jika anak-anak kelihatan suka marah-marah, selalu sedih, suka menyendiri, sentiasa berasa rendah diri dan mengalami gangguan perasaan bagi membantu anak-anak ini. Ini kerana masalah kemurungan boleh juga membawa kepada masalah lain seperti

  • Gangguan dalam proses tumbesaran
  • Gangguan dalam pembelajaran
  • Tidak suka menjalinkan hubungan dengan ahli keluarga yang lain, kawan-kawan dan guru.
  • Masalah tingakh laku yang serius.
  • Suka mencederakan diri sendiri
  • Berisiko untuk membunuh diri
  • Penyalahgunaan barang terlarang.
Via Kosmo

Sebagai ibu bapa pasti mahukan yang terbaik bagi mengelakkan kemurungan di kalangan kanak-kanak berlaku, banyak cara yang dapat dilakukan seperti menyediakan persekitaran yang positif, membantu kana-kanak menjalani kehidupan yang positif, cepat bertindak dengan memberi bantuan psikologi atau kaunseling bila mereka menghadapi masalah, menyediakan hubungan saling bertindakbalas, percaya satu sama lain, kemesraan.

Tunjukkan tauladan dan sentiasa memberi pengawasan yang baik dan yang paling penting memberikan perlindungan yang selamat dan persekitaran yang sihat. Ubah cara hidup dan mulakan sesi senaman sekeluarga. Kanak-kanak yang sentiasa melakukan aktiviti kecergasan kurang menunjukkan gejala kemurungan. Usaha ini pasti akan memberi impak yang besar kepada kehidupan kita dan anak-anak.

#kanak-kanak #kemurungankanakkanak #senaman #gayahidup #kesihatan
https://lomp.at/9liqd
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara