Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Kenali Nurul Huda, Ketua Kontinjen Negara & Cucu Presiden Singapura Yang Pernah Raih 9 Emas

Bukan Biasa-Biasa: Nurul Huda, Cucu Presiden & Ratu Renang Kini Pimpin Malaysia

by Phic ARMAN
July 9, 2025
Share on Facebook

Bila sebut nama Nurul Huda, pasti ramai teringat bekas ratu renang negara yang pernah mencipta sejarah hebat di kolam renang suatu ketika dulu. Dan kini, nama beliau kembali jadi sebutan selepas dilantik sebagai Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA ke-33 yang bakal berlangsung Disember ini di Bangkok, Chonburi dan Songkhla, Thailand.

Menariknya, selain bergelar jaguh sukan, Nurul Huda juga cucu kepada Presiden Singapura yang keempat, Wee Kim Wee, tokoh yang sangat dihormati rakyat republik itu. Siapa sangka, cucu seorang presiden kini menggalas tanggungjawab besar untuk negara dalam dunia sukan.

Dari Kolam Renang Ke Pentas Kepimpinan

Sebagai atlet, Nurul Huda pernah mencetuskan sensasi ketika Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur dengan membawa pulang sembilan pingat emas. Pencapaian itu menjadikan beliau antara perenang paling berjaya dalam sejarah Malaysia. Selepas bersara daripada sukan kompetitif, beliau tetap aktif, malah pernah diberi penghormatan sebagai pelari obor Olimpik 2008. Kini, beliau tampil sebagai pemimpin untuk membimbing atlet-atlet muda Malaysia pula.

Latar Belakang Yang Membuat Ramai Keliru

Dengan nama seperti Nurul Huda, tidak hairanlah ramai menyangka beliau adalah Muslim sejak awal. Namun sebenarnya, ratu renang ini ialah gadis berbangsa Cina dan hanya memeluk Islam selepas mendirikan rumah tangga. Kini beliau sudah pun dikurniakan dua orang cahaya mata. Perjalanan hidup beliau yang unik, berdarah Cina, cucu presiden Singapura, bekas ratu renang negara, kemudian memeluk Islam, menjadikan kisah Nurul Huda sangat istimewa dan memberi inspirasi kepada ramai.

Pelantikan Nurul Huda sebagai CDM bukan hanya kerana nama besarnya di arena sukan, tetapi juga kerana semangat juang yang tak pernah padam. Beliau membawa bukan saja pengalaman sebagai bekas juara, tetapi juga nilai kepimpinan yang mungkin diwarisi daripada datuknya yang pernah menjadi pemimpin tertinggi Singapura.

Dengan latar belakang penuh warna ini, Nurul Huda diyakini mampu menyuntik semangat kepada kontinjen Malaysia untuk mencipta kejayaan di bumi Thailand nanti.

Mampukah semangat juara dan warisan pemimpin dalam dirinya membawa tuah untuk kontinjen Malaysia? Sama-sama kita tunggu aksi mereka Disember ini!

bangkokChonburiNurul HudaSukan SeaWee Kim Wee
https://lomp.at/vlgyt
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Sukan

Mahu Beri Momentum Terbaik Di Gelanggang Tenis? Ini Yang Anda Patut Tahu Mengenai SOLUTION SPEED™ FF 4

by Naddy Joe
January 31, 2026

Sukan tenis merupakan satu permainan yang menggunakan raket dan bola,  dan dimain di dalam sebuah gelanggang yang dibahagi oleh sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara