Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kenapa Nak Ungkit & Post Cerita Lama? Sumpah Sedih & Penat”- Sherry Ibrahim

by Nurul A.
August 27, 2025
Foto - @sherryibrahim (IG)

Foto - @sherryibrahim (IG)

Share on Facebook

Pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim telah meluahkan rasa kecewanya dalam hantaran terbarunya di Instagram. Menerusi hantaran tersebut, Sherry bertanya mengapa kisah-kisah lamanya diungkit semula dan dijadikan sebagai bahan untuk menyebarkan kebencian di media sosial.

Menerusi kapsyen yang ditulis di bawah gambar dirinya yang berdiri di gigi air, Sherry memberitahu bahawa dirinya sudah pun berdamai dengan masa lalunya dan meminta orang ramai untuk berhenti bercakap serta menyebarkan perkara yang tidak betul mengenainya.

“Jika saya boleh berdamai dengan masa lalu saya, mengapa sesetengah daripada anda tidak boleh? Tolong jangan ungkit cerita lama yang anda tidak tahu sepenuhnya kerana ia hanya menyakitkan dan menambah kebencian yang tidak perlu.”

View this post on Instagram

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim)

Jelas Sherry lagi, masa lalu seseorang tidak perlu dibicarakan lagi memandangkan ada sesetengah individu akan mengambil kesempatan untuk memburukkan lagi keadaan. Ulang Sherry lagi, pelakon ini sudah pun redha dan menerima takdir hidupnya.

“Setiap orang mempunyai masa lalu, tetapi ia bukan untuk digunakan oleh sesetengah daripada anda sebagai senjata. Jangan sakiti saya hanya kerana mahu puaskan rasa negatif dalam hati.

Kenapa nak ungkit dan post cerita lama? Kalau Sherry sendiri sudah redha dan berdamai dengan takdir. Tak perlu tambah dosa memburukkan lagi keadaan.”

View this post on Instagram

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim)

Tambah Sherry, pelakon ini turut menegaskan bahawa statusnya sebagai bujang dan belum berkahwin tidak menentukan kebahagian hidupnya.

“Tak bermakna saya tidak kahwin sehingga ke hari ini bermaksud saya tidak bahagia, Saya harap sebahagian daripada ‘haters’ dapat mencari di dalam hati anda, untuk menunjukkan empati dan bukannya kebencian. Hanya Allah S,W,T. sahaja yang menentukan segalanya. Sumpah sedih dan penat.”

View this post on Instagram

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim)

Pada masa yang sama, usahawan dan pelakon Sherry meminta untuk orang ramai lebih memberi tumpuan kepada isu semasa yang lebih penting berbanding kehidupan peribadi seseorang.

“Sila beri perhatian kepada isu semasa dan masalah yang lebih penting dalam Malaysia dan dunia yang berlaku sekarang ini. Tolong jadi orang yang lebih baik, lebih bijak dan lebih besar serta menjalani kehidupan yang lebih baik.”

Sedikit sebanyak apa yang dikatakan oleh Sherry Ibrahim itu ada benarnya. Apa pendapat kamu?

Pengurus Ulas Isu Fattah Amin Bakal Berkahwin- "Kita Akan Kongsi, Tiada Sorok-Sorok"
fattah aminSherry Ibrahim
https://lomp.at/q8ey8
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Dulu Dilabel Kayu, Lakonan Sharifah Rose Akhirnya Bersuara Sendiri

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Drama Doa Yang Terlindung yang kini bersiaran menerusi Slot Akasia nyata mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, malah...

Read moreDetails
Lokal

Program Realiti Drama Masakan ‘Dapur Goodday’ Kini Kembali

by Naddy Joe
February 28, 2026

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari,...

Read moreDetails
Berita

Ojenn Aiwahhh Perjelas Kenyataan ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’-“Ayat Itu Ojenn Tujukan Buat..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojenn Aiwahhh tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya mengenai 'jangan cari pasal dengan orang berduit' yang ditulisnya...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @dianaforeverremembered (IG)
Hollywood

Ada Mesej Tersembunyi Di Kasut Kahwin Puteri Diana? Ini Maksudnya

by Nurul A.
January 19, 2026

Kisah mendiang Puteri Diana sering menarik perhatian dunia, dan ianya bukan sahaja kerana personaliti mesranya tetapi juga mengenai perincian kecil...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara