Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Kerana Tombiruo, Zul Ariffin Menangis Di Hadapan Penonton

by Khai Azfar
October 20, 2017
Share on Facebook

Satu lagi kejayaan industri perfileman negara, apabila filem aksi Tombiruo kini mencatatkan 14 juta kutipan walaupun baru sahaja ditayangkan. Filem yang diangkat dari novel terkenal Tombiruo, hasil penulisan novelis terkenal Ramlee Awang Murshid turut mengalahkan kutipan filem antarabangsa seperti Kingsman.

Zul Ariffin Gagal Kawal Perasaan

Bagi mempromosikan filem ini, pelakon utama Tombiruo, Zul Ariffin, Farid Kamil dan Nabila Huda telah dijemput ke rancangan MeleTOP yang bersiaran di Astro Ria. Ketika pelakon – pelakon ini ditunjukkan video klip pendek ‘parody’ Tombiruo yang dilakonkan oleh Bell Ngasri dan Atu Zero ternyata membuatkan mereka yang terhibur.

Malah Zul Ariffin kelihatan begitu terhibur sehingga tidak mampu bercakap dan mengalirkan air mata kerana video tersebut. Nabila Huda juga sempat berseloroh dengan mengatakan bukan senang untuk melihat pelakon berkenaan menangis secara langsung.

YouTube video

Sinopsis Tombiruo

Filem Tombiruo yang mengisahkan seorang lelaki gagah yang tidak mempunyai wajah manusia ingin membalas dendam di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina.

Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.

Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba.

Sumber Youtube Meletop

Zul Ariffin Batal Hijrah Ke Mekah Gara-Gara Jumpa Orang Mengarut
tombiruoZul Ariffin
https://lomp.at/r40ef
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara