• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Amaran! Jangan Makan Kerang Dari Perairan Sungai Geting

Jika kerang tersebut dimakan akan memudaratkan kesihatan manusia.

by Naddy Joe
October 13, 2021
Share on Facebook

Pasti ramai di antara kita sangat gemar dengan kerang. Namun kini, orang ramai harus berhati-hati mengenai asal kerang tersebut kerana ia mungkin berbahaya untuk memakannya.

Jangan Makan Kerang Dari Sungai Geting

Dipetik dari laporan BERNAMA, Jabatan Perikanan Kelantan telah memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak memakan kerang yang berasal dari Sungai Geting kerana pihak berkuasa mengesyaki telah dicemari dengan serangan alga merah.

“Adalah dimaklumkan bahawa keputusan analisis daripada pihak Makmal Biosekuriti Perikanan mendapati kerang-kerangan di kawasan tersebut telah tercemar dengan toksin saraf (saxitoxin) daripada alga berbahaya iaitu ‘alexandrium minutum’.”- Kata Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan kepada BERNAMA

Orang ramai juga dilarang untuk pergi dan mengumpul kerang-kerangan seperti tiram, kerang, lala, dan lain-lain di kawasan Sungai Geting kerana ia telah dicemari dengan alga berbahaya yang dikenali sebagai alexandrium minutum yang menghasilkan neurotoxin, saxitoxin.

Menyebabkan Keracunan Berbahaya & Memudaratkan Kesihatan

via Harian Metro

Tambahnya lagi, jika kerang tersebut dimakan khuatir akan memudaratkan kesihatan manusia.

“Kerang-kerangan yang telah tercemar oleh ‘alexandrium minutum’ sekiranya dimakan boleh menyebabkan keracunan berbahaya serta memudaratkan kesihatan manusia.”-Jelasnya

Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan turut memberitahu bahawa mereka akan melakukan persampelan pada setiap minggu dan menggesa orang ramai yang mahu membeli kerang-kerangan ini untuk bertanya dan mengambil tahu dari mana ia diambil.

kerangsungai geting
https://lomp.at/4emwc
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
Kesihatan

7 Petua Rawatan Untuk Luka Melecet Sembuh Dengan Cepat. Adakah Perlu Ditutup Atau Dibiar Terbuka?

by Jash Lee
December 19, 2020

Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah....

Read moreDetails
Kesihatan

Hati-Hati! 10 Kopi Campuran Ini Disahkan Oleh KKM Mengandungi Racun

by Phic ARMAN
November 6, 2020

Anda mungkin salah seorang peminum! Seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihanatan Malaysia (KKM) semalam di twitter, terdapat lapan kopi campuran...

Read moreDetails
Foto - Yahoo! News
Kesihatan

Surah, Doa & Zikir Pilihan Bila Anak Susah Tidur, Yang Dewasa Pun Boleh Cuba!

by Soph Azz
December 21, 2022

Anak kerap meragam dan merengek sampaikan nak tidur pun susah, terutamanya pada waktu malam? Sebagai ibu bapa, apa yang kita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore