Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kerap Disoal Tentang Kahwin Sehingga Dicop Tidak Laku, Zara Zya Akui Kini Asyik Menangis Dan Mudah Tersinggung

by Puteri Alia
May 18, 2023
Share on Facebook

Isu perkahwinan sering menjadi perbualan ramai terutama dalam kalangan mak-mak serta makcik-makcik. Pulang sahaja ke kampung, pasti inilah menjadi persoalan ramai tertanya-tanya bila hendak akhiri zaman bujang.

Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan, namun rezeki dalam hal jodoh masih belum memihak.

Malah, bila asyik diajukan soalan tersebut, barulah mula bertanyakan kepada diri sendiri tentang alam perkahwinan.

Belum pun reda segala persoalan yang bersarang di minda itu, orang di sekeliling pula ‘mengasak’ dengan pertanyaan-pertanyaan jodoh yang tidak mampu dijawab.

Benar, jodoh itu adalah ketentuan ALLAH SWT yang ditetapkan sebelum kita dilahirkan di dunia yang fana ini. Percayalah setiap apa yang berlaku dan ketentuan yang ditetapkan oleh-NYA adalah yang terbaik buat diri kita.

Berbahas soal itu, baru-baru ini aktres Zara Zya mengakui mudah tersinggung apabila terlalu kerap berdepan soalan tentang perkahwinan daripada orang ramai.

Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, disebabkan perkara itu, dia menjauhkan diri daripada orang ramai kerana enggan terus dihakimi berkaitan hal peribadi.

“Dua hari lalu saya menangis dalam siaran langsung TikTok sebab orang asyik bertanya hal peribadi.

“Ada beberapa soalan yang mungkin sebelum ini saya tidak peduli tetapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini jadi sensitif sangat.

“Contohnya seperti tanya tiada orang yang hendak dekat saya ke? Tak kahwin ke? Tak laku ke? Soalan sebegitu yang sejak kebelakangan ini menyinggung perasaan saya,” katanya.

Bukan bermakna dirinya tidak boleh menerima teguran tetapi haruslah dengan cara yang lebih sopan dan elok didengar.

“Tidak tahulah kenapa, kita selalunya bangun pagi nak muhasabah diri tetapi ada yang buka mata untuk mengecam.

“Bukanlah saya tidak boleh ditegur langsung tetapi cara percakapan itu menggores hati saya.

“Saya gembira sahaja dengan hidup saya, namun apabila kerap dihakimi memang membuatkan saya sendiri trauma hendak keluar,” ujar pelakon drama Kerasnya Takdir itu.

Bukan hanya menjejaskan kesihatan mental, dia mengakui setiap kata-kata negatif yang diberikan kepadanya turut membuatkan dia mengambil pendekatan memencilkan diri daripada orang ramai.

“Otak saya menjadi penat dengan kata-kata orang sehingga rasa patah semangat untuk membuat siaran langsung dan keluar berada di tempat awam. Saya lebih suka duduk terperuk di rumah saja.

“Saya juga guna pendekatan tidur sebagai jalan pintas untuk melupakan masalah selain sudah dua bulan berehat daripada berlakon.

“Selama ini orang sering melihat saya gembira namun hakikatnya saya sendiri tidak menyangka impaknya sebegini impaknya begini,” ujarnya lagi.

Pada Februari lalu, nama Zara menjadi bahan bualan ramai didakwa sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan selepas tular sebuah video sedang disarungkan cincin.

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

Namun, andaian tersebut meleset apabila video tersebut hanyalah gimik promosi sebuah produk kecantikan.

zara zya
https://lomp.at/fhvco
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Spotlight

“Nampak Macam Abang Muda, Rupanya 59 Tahun”- Rahsia ‘Atuk’ Ini Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
February 24, 2026

Kalau MURAI tak tengok sendiri, memang susah nak percaya. Siapa sangka lelaki berusia 59 tahun ini masih nampak seperti model...

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Spotlight

Pevita Pearce Solat Raya Di Masjid Besar Bernilai RM30 Juta Milik Bapa Mentua Di Penang

by Zaidin Albert
March 27, 2026

Kalau tengah scroll Instagram, mesti tak terlepas tengok Pevita Pearce yang tengah menikmati momenhari raya bersama suami tercinta, Mirzan Meer,...

Read moreDetails
Foto - @amirulhakim_mustapha (Threads)
Lokal

[VIDEO] Mawi AF Dedah Pernah Terima Pakaian Dalam Berlendir Dari Peminat Fanatik

by Nurul A.
March 16, 2026

Selepas sebelas tahun, penyanyi Mawi berkongsi satu pengalaman pelik  yang telah mengejutkan orang ramai. Pengalaman itu dialaminya sendiri selepas menjuarai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara