Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Kereta Nissan Skyline R34 Milik Isteri Alif Irfan Jadi Hadiah Cabutan Bertuah Paling “Gila” Tahun Ini!

by Ayu Kamaruddin
December 11, 2025
31
KONGSIAN
Share on Facebook

Sosialbuzz kalini kita kupas dunia motorsport tempatan yang digemparkan dengan satu kejutan besar apabila sebuah Nissan Skyline R34, yang sebelum ini merupakan milik Nurul Nabilah Aliah Hazman atau Bella, isteri kepada YouTuberr popular Muhammad Aliff Irfan Aziki atau Alif Irfan, disahkan telah dibeli oleh pihak Choi Motorsport iaitu Muhammad Faris Azri Md Hanif atau lebih dikenali sebagai Choi  untuk dijadikan hadiah utama cabutan bertuah bagi acara Malaysia Modifier Festival.

Ya, betul kereta kesayangan yang pernah “viral” dalam dunia JDM Malaysia itu bakal bertukar tangan melalui tiket lucky draw, menjadikan ia antara hadiah paling rare dan bernilai tinggi pernah ditawarkan dalam mana-mana acara automotif tempatan.

@farisazrii

Alhamdulillah Sold NISSAN SKYLINE R34 ALIEFF BELLA Dijadikan Lucky Draw Untuk MALAYSIA MODIFIGHTER FESTIVAL !

♬ original sound – Faris Azri Nakal – Faris Azri Nakal

Kereta “Bini Alif Irfan” Jadi Rebutan, Bernilai Ratusan Ribu, Kondisi Tip-Top

Pengumuman hangat itu dibuat sendiri oleh Choi, figura utama yang menggerakkan Choir Motorsport. Dalam sesi live, Faris menegaskan bahawa Skyline milik Bella dalam keadaan sangat baik dan dijaga rapi, siap di modifikasi keseluruhan mengikut spesifikasi milik Brian O’ Conner dalam siri Fast and Furious dengan spesifikasi  yang menjadi buruan peminat JDM.

Netizen Terkejut Nilai Hadiah “Cecah Ratus Ribu”, Siap Risau Kalau Nama Naik Tapi Tak Hadir Event

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terkejut dengan dengan hadiah-hadiah yang di tawarkan. Antara komen yang mendapat perhatian ialah daripada seorang pengguna yang berseloroh bahawa nilai hadiah lucky draw sahaja sudah mencecah hampir RM400,000, sekali gus mengakui betapa “gila” permainan dunia modifikasi kali ini.

“Hadiah luckydraw je dah dekat 400k, ada gila mainan ni hahaha”

Seorang lagi netizen pula melontarkan persoalan yang kerap ditanya peminat, kerisauan sekiranya pemenang mungkin terlepas peluang jika tidak hadir ke lokasi festival.

“Beli baju, nombor lucky dipanggil tapi tak ada kat event, kira macam mana?”

Via Tiktok/ @choiimotorsport_

Malaysia Modifier Festival: Tumpuan Besar Awal Tahun

Acara gergasi Malaysia Modifier Festival bakal berlangsung dari 1 hingga 4 Januari 2026 bertempat di Perkarangan Stadium, Batu Kawan, Pulau Pinang dengan penyertaan nama-nama besar dari Johor, Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia malah peminat modifikasi akan disajikan dengan auto show, drift, konsert, serta pelbagai lagi aktiviti menarik

Via Tiktok/ @choiimotorsport_

Festival ini bukan sekadar pameran, ia bakal jadi pentas komuniti modifikasi berkumpul, berinteraksi dan menyaksikan pelbagai lebih 20 jenis kereta paling legend dan sporty ini bakal diserahkan kepada pemenang bertuah

Untuk makluman anda, pelancaran koleksi pakaian terbaharu Choir Motorsport, Six Collection (V6), yang telah pun dilancarkan secara rasmi pada 10 Disember 2025, tepat jam 9 malam di platform sosial media tiktok rasmi mereka.

Setiap pembelian satu helai baju V6 turut disertakan bersama dua tiket cabutan bertuah sekali gus membuka peluang kepada pembeli untuk merebut Nissan Skyline R34 milik Bella dan pelbagai lagi jenis kereta yang ditawarkan kini menjadi sebutan hangat dalam komuniti JDM tempatan.

Antara 5 Kereta Paling Panas Diumumkan

Choi menyebut lebih 20 buah kereta akan ditawarkan sebagai hadiah cabutan bertuah bahkan semua kereta terebut merupakan kategori poster car, ‘kereta majalah’ yang menjadi idaman peminat tegar antaranya ialah:

  • 1st Prize – Nissan Skyline GT-R R34, Livery Fast & Furious Brian O’Conner
  • 2nd Prize – Honda Civic EK9 (Hatchback), Modified, warna kuning, ikon hot hatch JDM.
  • 3rd Prize – Honda Integra DC5 Type R, Model cult favourite dalam dunia track & touge.
  • 4th Prize – Mitsubishi Lancer Evolution 9 (Evo 9), Antara generasi Evo paling dicari penggemar turbo AWD.
  • 5th Prize – Subaru Impreza WRX STI, Spesifikasi rally, casis GD, rival abadi Evo bagi peminat WRC.
Via Tiktok/ @choiimotorsport_

Kesemua hadiah yang diumumkan setakat ini membuktikan bahawa Modifighter Festival bukan sekadar acara kereta biasa malah festival yang betul-betul all-in, memberi pulangan besar kepada komuniti. APA pun Murai ucapkan Tahniah siapa yang bakal menang nanti.

Mahkamah Kekal 12 Tahun Penjara, Hakim Mahu Gambar Kecederaan Bella Dipaparkan Dalam Perbicaraan Siti Bainun
Alif IrfanbellaChoiNisaan Skyline R34
https://lomp.at/mzte9
Share12Tweet8SendShare

KINI TRENDING

via Thread/FreePik
Sosial Buzz

Hadap Jem Atau Berhimpit Dalam Tren? Dilema Harian Warga Kota Yang Buat Ramai ‘Overthink’ Setiap Pagi

by Naja Nix
March 5, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian apabila seorang pengguna mengajukan soalan yang cukup dekat dengan realiti rakyat Malaysia....

Read moreDetails
Sosial Buzz

Teguran Pedas Sarimah Ibrahim Pasal ‘Takdir’ Jadi Perhatian,- “One Thing I Paling Pantang…”

by Phic ARMAN
March 10, 2026

Nama Che Puan Sarimah Ibrahim memang bukan asing dengan gaya bercakap yang terus terang. Tapi kali ini, perkongsian beliau di...

Read moreDetails
Insentif

RM150 Juta Bantuan Sara Tak Dituntut, Ini Jawapan Ke Mana Duit Ini Pergi

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bukan disimpan, bukan juga dibiarkan sepi. Sebanyak RM150 juta daripada bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang tidak dituntut sehingga 31...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dari Penjara ke Istana: Detik Pertemuan Penuh Emosi Dr. Malik Dengan Sultan Selangor

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Pagi itu, suasana di Balai Istiadat Istana Selangor terasa sunyi dan penuh debaran. Seorang lelaki berusia 39 tahun, Dr. Malik...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara