Selepas pendedahan mengejutkan pelakon cilik era 90an, Alqar Sahar mengenai kisah hitam diliwat ketika zaman kanak-kanak, ruang komen di Threads kini mula menjadi medan perbualan hangat. Netizen mula menyebut beberapa nama yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut dan salah satu yang disebut ialah nama seorang pengarah muda, Izuan Mokhtar.
Netizen Sebut Nama, Alqar Balas “Jijik Dengar Nama Itu…”
Dalam salah satu komen yang kini beredar di media sosial, ada pengguna yang bertanya secara terus mengenai nama Izuan Mokhtar, yang juga dikatakan sepupu kepada Alqar hasil hubungan adik-beradik antara bapa dan ibu mereka. Izuan antara pengarah dan penerbit yang dikenali di Malaysia. Pernah mengarahkan telefilem Saling Tak Terlihat yang dibintangi oleh Fattah Amin, Alicia Amin, Datin Seri Ummi Aida, Aleza Shadan dan Raja Azmi.

Apa yang membuat ramai terkejut ialah balasan Alqar:
“Jijik dengar nama itu…”
Balasan itu membuat ramai menganggap seolah-olah Alqar mengesahkan nama yang disebut. Namun begitu, ia masih menimbulkan perdebatan kerana tiada pengesahan rasmi hanya reaksi spontan di ruangan komen. Jika benar, kenapa isu ini dibangkitkan sama pada hari pemergian bapa Izuan pada hari ini?
Adakah Ini Benar?
Setakat ini, tiada bukti rasmi, tiada laporan polis, dan tiada kenyataan media yang mengaitkan individu bernama Izuan Mokhtar dengan dakwaan tersebut.
Apa yang berlaku hanyalah etizen menyebut nama. Alqar membalas dengan ayat yang membawa maksud jijik. Interpretasi orang ramai kemudian menjadikannya seperti “confirm”.
Namun secara undang-undang, itu bukan pengesahan. Ia hanya reaksi emosi mangsa terhadap nama yang disebut dan kita tidak boleh membuat kesimpulan atau menuduh sesiapa tanpa proses siasatan.
Perlu Diingat…Dakwaan seperti ini amat berat. Ia melibatkan reputasi, kerjaya, dan maruah seseorang. Tuduhan liwat adalah kes jenayah serius dan hanya boleh disahihkan melalui siasatan rasmi. Kenyataan di ruangan komen tidak dianggap bukti sah.
Murai cuma nak pesan jangan buat tuduhan tanpa fakta. Kita sokong mangsa untuk bersuara, tetapi pada masa sama kita perlu pastikan keadilan dan fakta tak disalah tafsir. Isu begini bukan pasal gosip semata-mata, ia soal trauma, keselamatan dan masa depan ramai pihak.






