Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Ketua Juri AJL35 Dedah 3 Penyanyi Ini Punyai Markah Tertinggi Vokal Terbaik

by Khai Azfar
March 15, 2021
Share on Facebook

Trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) kembali ke tangan Ernie Zakri selepas penyanyi ini dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori tersebut di AJL35.

Tiga Penyanyi Bersaing Hebat Bagi Vokal Terbaik 

Menurut ketua juri AJL35, Datuk Mokhzani Ismail , Ernie mempunyai kekuatan vokal yang tersendiri namun tidak menolak penyanyi-penyanyi lain turut tampil memberi saingan. Dedah Mokhzani, selain Ernie dua lagi penyanyi yang mempunyai vokal terbaik pada malam tersebut adalah Aina Abdul menerusi lagu Semalam dan Aishah yang menggantikan Dato Sri Siti Nurhaliza dalam lagu Aku Bidadari Syurgamu.

Malah ketiga-tiga mereka mempunyai markah tertinggi dan hampir sama antara satu sama lain.

“Markah untuk vokal terbaik antara Ernie Zakri, Aina Abdul dan Aishah dekat-dekat” kata Mokhzani kepada media

Ernie Kurang Sihat 

Dalam pada itu, bagi Ernie dia akui tidak meletakkan harapan untuk vokal terbaik berbanding edisi yang lalu kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan namun mendoakan agar dapat memberikan persembahan yang terbaik.

“Tahun ini sejujurnya saya tidak meletakkkan harapan untuk vokal terbaik kerana saya rasa dengan keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan, sudah seminggu suara saya serak-serak jadi dalam hati saya mungkin tidak akan dapat apa-apa”

“Tetapi saya berdoa agar dapat sampaikan lagu ini dengan baik sahaja. Saya nak semua orang rasa apa yang saya cuba tuliskan pada lagu ini. Jadi itulah sudah tertulis tahun ini saya berpeluang dapat sebuah anugerah yang saya anggap sebagai kenangan terbaik pada tahun ini dan tidak akan saya lupakan walaupun kita PKP dan sebagainya” kata Ernie kepada Murai.my

Kagumi Aina Abdul 

Jelas Ernie lagi, finalis-finalis AJL35 banyak memberi inspirasi kepada dirinya terutama Aina Abdul yang merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar.

“Sebenarnya kawan-kawan saya di dalam AJL pun memberi inspirasi terutama Aina Abdul sebab beliau adalah seorang komposer, penyanyi dan penulis lirik”

“Orang-orang yang macam inilah sebenarnya memberi inspirasi kepada saya untuk lebih ke depan dan mencapai impian. Disebabkan itu, saya rasa ini adalah masa yang sesuai untuk memberitahu Gundah bukanlah lagu terakhir yang ditulis saya, Insyallah akan ada lagi lagu seterusnya daripada Ernie Zakri”- kongsinya lagi

Mokhzani dan Ernie ditemui Murai.my ketika sidang media pasca AJL35 secara virtual tengah malam tadi.  Dengan kemenangan tersebut, Ernie yang menyanyikan lagu Gundah berjaya membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai RM12,000, trofi AJL dan setahun tajaan daripada McDonald’s.

[VIDEO] Aina Abdul Terkejut Rakyat Indonesia Lagi Ramai Dengar Lagunya
2gethernetaina abdulaishahajl35vokal terbaik AJL35
https://lomp.at/8kryu
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara