Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

6 Fakta Manis Yang Mengukuhkan Keintiman Khai Bahar & Siti Nordiana

by Phic ARMAN
July 3, 2019
Share on Facebook

Dua penyanyi popular dan bersuara merdu ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Kejayaan mereka berdua kecapi sehingga hari ini telah meletakkan diri mereka di kelas tersendiri.

Khai Bahar dan Siti Nordiana baru saja disatukan di atas pentas menerima anugerah yang sama iaitu Anugerah ‘Top Top MeleTop’ Lelaki & Wanita di Anugerah MeleTop Era 2019, kini mereka kembali bersatu dalam single duet terbaru ‘Satukan Rasa’.

Nampaknya keserasian mereka sangat kuat dan dapat dihidu peminat masing-masing sehinggakan terhasilnya lagu ini dari komposer Dinda & Kanda manakala liriknya pula ditulis oleh Iman Imran. 

Iman memberitahu dia mendapat inspirasi untuk menulis lirik lagu ini berdasarkan dari kisah percintaan hebat Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Az-Zahra di mana sebuah cinta yang disimpan di dalam hati namun tidak mampu untuk memilikinya. Menurut Iman, bait-bait dari lirik lagu ini umpama sebuah doa dari sepasang kekasih supaya mereka dapat disatukan agar terjalinnya sebuah ikatan yang suci.

Lagu Satukan Rasa merupakan hadiah istimewa buat peminat yang sudah lama mahukan pasangan ini berkolabrasi dalam sebuah lagu duet. Namun ia terbukti selepas mendengar lagu ini, Khai dan Nana berjaya menjiwai dengan baik seolah-olah mereka benar-benar sedang bercinta.

Dalam beberapa wawancara, Khai atau Nana biasanya akan hanya tersenyum saat ditanya mengenai jodoh jika mereka ditakdirkan bersama. Tertarik dengan keserasian mereka, suka untuk kami kongsikan beberapa fakta manis mengenai hubungan mereka.

Kenal Sejak Smule

https://www.youtube.com/watch?v=A3ByiGHgl7c

Nana sudah mengenali Khai sejak dia belum dilamar oleh NAR Records untuk bergelar penyanyi di bawah naungan syarikat rakaman tersebut.  Mungkin ramai yang tak tahu, nama Khai tiba-tiba mejadi fenomena luar biasa lantas merebak menjadi bualan hangat di media sosial selepas nyanyiannya secara maya bersama Nana menerusi aplikasi ‘Smule’, menjadi viral.

“Miss You Khai” – Nana

Ikatan persahabatan yang begitu romantik mereka berdua sudah lama dihidu peminatnya. Sesekali peminat boleh lihat kata-kata romantis pasangan ini tuliskan di ruangan komen. Contoh seperti menerusi posting gambar di bawah dengan  kapsyen, “Goodnight sayang semua..”, telah dijawab oleh Nana dengan balasan, “Miss you Khai!”

View this post on Instagram

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)

Tak Tolak Jodoh Jika Ditakdirkan Bersama

Foto: IG Khai Bahar

Sebelum terhasilkan lagu Satukan Rasa, peminat merestui hubungan mereka berdua dan berdoa supaya hubungan itu sampai ke jinjang pelamin. Lantaran dari itu, Nana sendiri tidak menolak jika ditakdirkan  jodohnya bersama Khai, lapor Sinar Harian.

“Jadi perkara seperti itu saya memang tak boleh nak halang. Saya dengan Khai sudah kenal lama sejak dari zaman dia suka Smule lagi, malah show (persembahan) bersama,” katanya.

Walaubagaimanapun, Nana menegaskan buat masa ini, dia dan Khai hanya berkawan saja.

Nana Whatsapp Khai Mahu Buat Lagu Duet Bersama

Foto: IG Khai Bahar

Dalam satu wawancara bersama Nana dan Khai ketika majlis pelancaran single Satukan Rasa, Nana berkata idea untuk berduet sudah lama difikirkan namun kekangan masa membuatkan perancangan itu tertangguh.

“Kami betul-betul buat keputusan untuk berkolabrasi pada Mei lalu. Saya Whatsapp Khai dan mencadangkan untuk terus buat lagu duet. Apatah lagi saya sudah agak lama tidak keluar dengan lagu baru. Kali terakhir menerusi lagu “Hatiku Milikmu” lebih setahun lalu”

Khai Mengidolakan Nana

Khai mengakui Nana merupakan idolanya selain beberapa artis wanita lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ziana Zain. Menurut Khai, merakamkan lagu bersama Nana merupakan sesuatu yang istimewa

“Bagi saya, kelebihan berduet bersama Kak Nana adalah kerana ‘tone’ suara kami yang lebih kurang sama. Jadi, apabila berduet ia mudah serasi. Dalam masa yang sama, hubungan rapat kami menjadikan kerjasama ini lebih mudah” katanya 

Khai & Nana Bakal Muncul Dalam Drama Terbaru

Foto: IG Khai Bahar

Berita baik buat peminat Khai & Nana, mereka bakal membintangi sebuah drama terbitan Astro yang akan bersiaran pada bulan Oktober atau November nanti.  Sebelum ini pernah timbul spekulasi kononnya Nana mahu memujuk Khai berlakon dalam drama adaptasi novel, Klik! Pengantin Musim Salju arahan Michael Ang.

Memetik dari BH Online, Khai terpaksa menangguhkan hasrat untuk berlakon kerana jadualnya sangat padat pada masa itu. Akhirnya, kini hasrat tersebutdapat direalisasikan.

Kepada yang masih belum mendengar lagi lagu Satukan Rasa edaran Seventeen Eleven Music Sdn. Bhd. ini, boleh lah muat turun di semua pelantar muzik digital dan muzik rasmi Satukan Rasa juga boleh ditonton di saluran Youtube Seventeen Eleven Music.

https://lomp.at/hiiac
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
Lokal

Nabila Razali Terkilan, Vokal Dikaitkan Dengan Hal Peribadi

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi, Nabila Razali berkongsi rasa kesal terhadap tindakan sesetengah netizen yang mengaitkan mutu kualiti nyanyian dengan kisah kehidupan peribadi seseorang...

Read moreDetails
Foto - @faizalhusseinofficial (IG)
Lokal

Penangan “Walid”, Ramai Wanita DM Tawar Diri Jadi ‘Isteri’ Faizal Hussein

by Nurul A.
February 6, 2026

Nampaknya penangan watak "Walid" membuatkan pelakon veteran Faizal Hussein terus menjadi rebutan para wanita sehingga ada yang menghantar mesej peribadi,...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara