Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kurangkan Kebergantungan Kepada Ujian RT-PCR”- Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan galakan lebih ramai buat ujian RTK tapi lain pula pandangan netizen

by Puteri Alia
March 15, 2022
Foto - Instagram @kementeriankesihatanmalaysia

Foto - Instagram @kementeriankesihatanmalaysia

Share on Facebook

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin baru ini mengulas isu berkaitan ujian PCR dan RTK di media sosialnya. Video ulasan Menteri Kesihatan itu kemudian dimuatnaik di Instagram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menerusi ulasan Khairy, Menteri Kesihatan ini menyarankan agar orang awam tidak terlalu bergantung melakukan ujian PCR sebaliknya memesan agar orang ramai melakukan pemeriksaan jangkitan Covid menerusi penggunaan kit ujian RTK sahaja.

Kit Ujian RTK Lebih Banyak Kelebihan

Menurut Khairy, ujian RTK sudah memadai untuk mengesan jangkitan virus tambahan lagi kit ujian tersebut lebih murah, banyak di pasaran serta tidak mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasil keputusan. Manakala ujian PCR lebih mahal, hasil keputusan lebih sensitif.

View this post on Instagram

A post shared by Kementerian Kesihatan Malaysia (@kementeriankesihatanmalaysia)

“Apabila kita mula fasa peralihan ke endemik, kita perlu kurangkan kebergantungan kepada ujian RT-PCR dan lebih kepada ujian RTK-Antigen.

Ini kerana pertama sekali PCR lebih mahal, manakala ujian RTK lebih murah dan mudah untuk didapati di pasaran.

Lagi pun mengikut pakar RTK memadai mengesan kes positif yang efektif atau mempunyai tahap kebolehjangkitan yang tinggi, berbanding PCR yang sangat sensitif sampai orang yang dah pulih pun masih lagi positif bila dia ambil ujian RT-PCR.

Keduanya keputusan PCR ini tidak pantas, tidak cepat macam ujian RTK-Antigen test kit yang kita tunggu 15 minit saja dan kita tahu sama ada kita positif dan dijangkiti tidak perlu tunggu 24 hingga 48 jam untuk tahu kita positif atau tidak” ujarnya

Kualiti Kit Ujian RTK Akan Dipantau

Dalam pada itu, Khairy juga mengatakan kualiti bagi kit ujian RTK yang ada di pasaran akan terus dipantau oleh pihak berkuasa peranti perubatan (MDA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan sekaligus bertindak terhadap mana-mana kit ujian yang mengeluarkan keputusan kurang tepat.

Netizen Mahu Harga PCR Dan RTK Diturunkan

Melihat video ulasan Menteri Kesihatan yang dimuatnaik di Instagram Kementerian Kesihatan Malaysia itu, ramai pengguna media sosial memberi komen dan pandangan masing-masing dan rata-rata ramai bangkitkan soal harga ujian PCR dan RTK.

Foto – Instagram @kementeriankesihatanmalaysia

“Banyak kit ujian tak tepat”

“Masalah pula ada sesetengah farmasi naik kan balik harga RTK tester.. Dari RM7 ke RM10 kadang sampai RM15”

“Ada sesetengah syarikat nak keputusan PCR. Keputusan makmal. Sebab itu kena buat PCR. KKM tolong turunkan sikit harga PCR”

“PCR lebih tepat. Cuma kena turunkan harga” komen mereka

Apa pandangan anda?

Pegawai Farmasi Kontrak Tarik Nafas Lega, Akhirnya Ada Khabar Baik Dari Kerajaan
covid-19Khairy JamaluddinKKM
https://lomp.at/uvl31
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
Lokal

Sasha Aziz Terima Teguran Ustazah Perjelas Hukum Jalani Rawatan Ketatkan Alat Sulit-“Saya Belajar Benda Baru..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz sebelum ini menjadi kecaman netizen di media sosial selepas membuat perkongsian mengenai...

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Pilu Tonton ‘Podcast’ Puteri Balqis & Ibunya-“Maruah Seorang Wanita & Ibu Telah Dipijak-Pijak..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pelakon, Mimi Lana tampil bersuara terhadap pengalaman hitam yang terpaksa dilalui oleh ibu kepada pelakon Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara