• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Boleh Baiki ‘Mood’? Jom Lihat Khasiat Tumbuha Asparagus Yang Sebenar

by Jash Lee
December 25, 2020
Share on Facebook

Sejak 2000 tahun lalu, asparagus atau nama saintifiknya Asparagus Officinalis telah berada dalam dunia kulinari. Namun begitu, tidak ramai yang gemar untuk makan asparagus dek kerana bau dan rasanya yang kurang menyelerakan. Tetapi jika anda tahu akan kebaikan yang mampu diberikan oleh asparagus, sudah pasti anda akan suka makan sayuran ini yang berasal dari kawasan Timur Mediterranean.

Terdapat pelbagai spesis asparagus yang berbeza-beza. Spesis Asparagus Officinalis adalah spesis yang boleh dimakan. Manakala spesis lain seperti Asparagus Racemosus yang banyak didapati di India dan Himalaya, kebiasaannya digunakan untuk tujuan perubatan ayurveda.

Asparagus tergolong dalam keluarga Lily. Pucuk asparagus yang tumbuh daripada bahagian sulur asparagus yang ditanam kira-kira satu kaki dalam kawasan tanah berpasir. Di kawasan suhu yang sederhana, sayuran ini tidak akan mengeluarkan sulur pada musim sejuk sebaliknya sulur akan keluar hanya pada musim bunga dan musim gugur.

Sulur inilah yang dipungut dan dijadikan sayuran. Di Malaysia, tanaman asparagus akan mengeluarkan  sulur sepanjang tahun. Sulur-sulur yang tidak dipungut akan membesar dan mengeluarkan daun.

Mari kita lihat beberapa kaedah memasak asparagus serta senarai akan manfaat dan khasiat yang boleh didapati daripada asparagus.

Kaedah Memasak Yang Sesuai

via saborencristal.com

Nilai pemakanan dan khasiat asparagus amat banyak. Rebus terlebih dahulu asparagus selama tiga hingga empat minit bagi memastikan dan mengekalkan segala manfaat dan kandungan zat didalamnya agar tidak hilang. Kaedah masakan yang amat popular adalah saute atau menggoreng makanan dengan cepat dalam minyak atau sedikit lemak panas di atas api bersuhu tinggi. Ia mampu memberikan rasa yang sedap dan kaedah ini boleh menahan penyejatan zat. Jika anda mahu memotong asparagus ke bentuk yang lebih kecil, cara terbaik adalah memotongnya hanya selepas dimasak. Asparagus boleh dihidang semasa panas atau sejuk.

Zat Atau Nilai Pemakanan Yang Tinggi

via anakbapak.com

Dikatakan asparagus mempunyai nilai pemakanan yang agak tinggi kerana ia banyak mengandungi vitamin seperti vitamin A, B1, B2 dan B6. Ia juga mengandungi zat-zat galian seperti kalsium dan besi, tinggi asid folik dan sumber terbaik kalium dan juga serat. Asparagus yang segar mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus protein, gula dan selulosa.

Asparagus tidak mengandungi lemak, kolesterol dan rendah sodium (garam). Banyak kebaikan yang dapat diperolehi jika memakan asparagus.

Baik Untuk Masalah Urinari

via blogspot.com

Semenjak dahulu lagi, asparagus memang sudah terkenal berikutan dengan sifat-sifat diuretik, laksatif dan penulenan. Ia mengandungi bahan-bahan asli seperti asparagina yang menjadikan ia ramuan pilihan untuk masalah saluran urinari dan untuk melawaskan kencing. Ia dikatakan mampu digunakan dalam rawatan Urea, Asid Urik dan Urinari yang tersumbat. Asparagina atau asid aspartik adalah salah satu asid amino semulajadi yang ditemui dalam makanan.

Menggalakkan Pencernaan

via wanita22.com

Asparagus dikatakan mempunyai tindakan baik untuk buah pinggang, kelenjar adrenal dan pundi. Asparagus juga dikatakan mengandungi serat yang boleh memudahkan pergerakan dalam usus dan menggalakkan pencernaan. Kesan lembutnya pada fungsi usus boleh membantu mengurangkan kecendurangan daripada sembelit tanpa merengsakan usus membran mukus.

Zat Besi Yang Baik Untuk Penambahan Darah

via myrightspot.com

Asparagus juga dikatakan mengandungi zat besi yang amat baik untuk menentang anemia. Ia juga mengandungi jus yang amat kuat untuk penulenan darah. Asparagus mampu membantu mengatur peredaran darah dan juga menggalakkan saliran dalam hati. Ia dikatakan mampu memperbaiki sistem kardiovaskular dengan memperkuatkan fungsi hati dan kapilari tubuh serta mampu memperbaiki aliran darah.

Afrodisiak Semula Jadi

via operaqqlounge.com

Sayuran ini adalah afrodisiak semula jadi kerana terkandungnya vitamin B6 dan folat. Ia mampu meransang rasa ghairah. Ditambah pula dengan vitamin E yang terdapat di dalam asparagus juga dikatakan mampu meransang hormon seksual manusia.

Dapat Menguatkan Tulang

vai rsaude.com.br

Asparagus merupakan sumber terbaik vitamin K. Vitamin K ini adalah vitamin yang baik untuk membantu tubuh bagi menghentikan pendarahan akibat luka. Vitamin K juga baik untuk kesihatan tulang kerana ia mampu membantu tubuh untuk menyerap kalsium yang baik.

Memperbaiki Mood

via salud180.com

Asparagus penuh dengan folat, iaitu sejenis vitamin B yang mampu menaikan semangat dan mengelakkan rasa rengsa. Sayuran ini juga dikatakan mengandungi tritophan yang tinggi. Tritophan adalah sejenis asid amino yang dikatakan mampu memperbaiki dan mengubah mood manusia menjadi lebih baik, ceria dan cerdas.

Jadi untuk anda yang tidak gemar makan asparagus, inilah masa yang sesuai untuk anda mencubanya kerana terlalu banyak khasiat dan kebaikan sayuran ini.

asparagus hubungan seksual
https://lomp.at/bmmes
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Budaya

Tahi Lalat Di Wajah Dan Maksud Tersiratnya Pada Personaliti Anda Agak Menarik

by Jash Lee
October 3, 2020

Tanda atau titik hitam yang terdapat pada wajah dan badan yang biasanya disebut tahi lalat atau mole. Tetapi tahukah anda bahawa...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Budaya

Ramalan Baju Raya 2026: Dua Warna Ini Bakal Trending! Siap Menggoda Mata Tahun Ini

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Syawal 2026 semakin menghampiri, dan bagi peminat fesyen Raya, soal warna baju pasti menjadi topik hangat. Ramalan dari pengusaha fesyen...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
Kesihatan

7 Petua Rawatan Untuk Luka Melecet Sembuh Dengan Cepat. Adakah Perlu Ditutup Atau Dibiar Terbuka?

by Jash Lee
December 19, 2020

Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore