• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

KidZania Kuala Lumpur Merevolusikan Pembelajaran Imersif dengan Tiga Rakan Kerjasama Baharu

by Aphit J.
July 15, 2023
Share on Facebook

KidZania Kuala Lumpur, kemudahan didik hibur untuk kanak-kanak yang terulung di Malaysia, teruja untuk mengumumkan penambahan tiga rakan kerjasama yang baharu.

Tiga Kerjasama Baharu

via KidZania

Tiga rakan kerjasama tersebut adalah Pandamart, Restoran Teishoku Jepun YAYOI dan Jac & Ivy.

Kerjasama ini akan menarik minda muda dan memperkenalkan pelbagai kerjaya, serta memupuk rasa ingin tahu dalam persekitaran yang menarik.

Kemasukan rakan kerjasama baharu ini akan memperkenalkan peluang baharu untuk kanak-kanak menerokai kerjaya yang berbeza dalam setiap lawatan, seterusnya memberikan pengalaman yang menarik.

Pelbagai Bidang Berbeza

Pandamart menawarkan kanak-kanak satu peluang bagi melibatkan diri dalam dunia e-dagang yang menarik.

Restoran Teishoku Jepun YAYOI pula memberikan pengalaman dwi-peranan yang unik untuk kanak-kanak. Mereka boleh menjadi cef sushi untuk mengasah kemahiran dan kreativiti memasak, atau menjadi pelanggan untuk mencuba pelbagai cita rasa yang berbeza.

Jac & Ivy, perintis Kidz Spa yang pertama di Malaysia, membawa pengalaman yang menarik ke KidZania dengan memberikan peluang yang luar biasa untuk menceburi diri dalam dunia penjagaan diri dan dandanan.

Membawa Sesuatu Yang Unik

via KidZania

Dengan pelbagai peluang pekerjaan dan aktiviti yang menunggu untuk diterokai, kanak-kanak berpeluang untuk belajar, bermain, meningkatkan kemahiran, dan menyemarakkan imaginasi mereka.

Rakan kerjasama baharu ini membawa sesuatu yang unik kepada KidZania, memastikan minda kanak-kanak sentiasa dirangsang dan terlibat dengan aktiviti yang disediakan sepanjang lawatan mereka.

Menyediakan Peluang

via KidZania

KidZania Kuala Lumpur kekal menjadi destinasi didik hibur dinamik dan memperkayakan dalam menyediakan peluang kepada  kanak-kanak untuk belajar, berkembang dan meneroka dalam persekitaran yang selamat dan mengasyikkan.

Dengan kemasukan Pandamart, Restoran Teishoku Jepun Yayoi, dan Jac & Ivy, KidZania Kuala Lumpur mengukuhkan komitmennya untuk memberi inspirasi kepada minda muda dan membentuk pemimpin masa depan.

Untuk maklumat lanjut tentang KidZania Kuala Lumpur dan rakan kerjasamanya, sila layari https://www.kidzania.com.my/.

Kidzania
https://lomp.at/5khpe
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Bisnes

‘No Roslan Aziz No AirAsia’- Tony Fernandes

by Phic ARMAN
April 9, 2025

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, baru-baru ini membuat satu pendedahan mengejutkan di Instagramnya apabila...

Read moreDetails
via @Ai generated
Bajet

Menginap Ringkas Tapi Puas: 5 Hotel Moden Bajet di Kuala Lumpur & Putrajaya

by Farah Fatihah
December 21, 2025

Kuala Lumpur terkenal dengan pelbagai jenis penginapan, daripada hotel mewah hingga ke hotel bajet. Bagi pelancong yang mahukan keselesaan tanpa...

Read moreDetails
Bisnes

Good Virtues Co. JENAMA PERTAMA Jalin Kolaborasi Bersama Rico Rinaldi

by Aphit J.
December 9, 2023

Jenama kecantikan dan penjagaan diri berkualiti tinggi serta popular, Good Virtues Co. mengumumkan kolaborasi pertama mereka bersama pereka fesyen terkenal...

Read moreDetails
Bisnes

AEON Malaysia Perkenalkan Koleksi Fesyen CNY 2025 Dengan Harga Bajet

by Phic ARMAN
January 16, 2025

AEON Malaysia baru-baru ini melancarkan koleksi fesyen Tahun Baru Cina (CNY) 2025 yang menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden. Dengan...

Read moreDetails
Bisnes

Naik Lagi! Ini Harga Terbaharu Beberapa Produk Gardenia Mulai 1 Oktober 2023

by Phic ARMAN
September 26, 2023

Naik harga lagi! Sebut sahaja Gardenia, buat penggemar roti pastinya sudah dapat membayangkan keenakan dan kelembutan roti putih jenama tersebut....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore