Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kila Cuba Mencekik Ameena Di Hari Persandingan” – Komen Netizen Pada Gambar Pernikahan Shakilla Undang Tawa Netizen

by Aphit J.
February 25, 2024
Share on Facebook

Sebelum ini pernah tular mengenai berita mengenai Shakilla Khoriri yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan anak perempuan isteri baharu Fizi Ali yang dilihat menekup mulut anaknya dalam foto perkahwinan mereka.

Fizi Ali Tampil Jelaskan Isu Sebenar

via Berita Harian

Namun dakwaan tersebut dijawab oleh Fizi dengan menjelaskan bahawa ketika foto itu dirakamkan Ameena mahu mencium tangan kakak tirinya itu namun kelihatan seperti Damia menutup mulut anaknya.

Terbaru, satu gambar yang dimuat naik oleh Ramona Zam Zam telah mencetuskan tanda tnya pada mulanya mengenai status Shakilla.

Dalam gambar tersebut, Ramona memuat naik gambar bersama Shakilla yang memakai baju pengantin dan bergambar bersama anak-anak mereka.

Semoga kebahagiaan milikmu. Sayang kau dan Ameena

Gambar itu juga sekaligus menunjukkan bahawa Shakilla Khoriri sudah sah kembali bergelar isteri selepas selamat disatukan dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Fariz.

Sah Bergelar Isteri

via Instagram Ramona Zam Zam

Untuk menguatkan lagi dakwaan mengenai perkahwinan tersebut, Shakilla sendiri juga ada memuat naik gambar perkahwinannya di Instagram bersama Fariz.

Gambar yang dimuat naik oleh Ramona tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen diruangan komen dan salah satunya apabila netizen secara berseloroh mengatakan bahawa gambar tersebut seolah-olah Shakilla cuba mencekik anaknya.

Hati-hati dengan gambar ni. Risau sebelah sana cakap Kila cuba mencekik Ameera di hari persandingan.

Apa pon Kila cantik sangat-sangat. Tahniah Kila.

Daripada komen tersebut, kelihatan ramai yang terhibur dan ada yang mendakwa bahawa sindiran tersebut seolah-olah membalas semula gambar kejadian semasa perkahwinan Fizi Ali.

Sekadar makluman, Shakilla Khoriri, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan dikenali sebagai Fariz di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor.

Shakilla Khoriri Titip Ucapan Istimewa Buat Ameena Yang Berjaya Mendapat 'Silver Prize' Dalam Pertandingan Piano

Shakilla sebelum ini pernah bergelar isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali dan dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofia dan bercerai pada Disember 2021.

Fizi AliRamona Zam Zamshakilla khoriri
https://lomp.at/orgn2
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @syed.jeev (FB)
Lokal

Kejutan Untuk Isteri, Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Mentua

by Nurul A.
March 17, 2026

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed telah mengejutkan orang ramai apabila dia mendedahkan telah menarik semula laporan polis yang pernah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Perkongsian pelakon, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Justin Leroy yang cuba berbahasa Melayu, baru-baru ini....

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Foto - @faizalhusseinofficial (IG)
Lokal

Penangan “Walid”, Ramai Wanita DM Tawar Diri Jadi ‘Isteri’ Faizal Hussein

by Nurul A.
February 6, 2026

Nampaknya penangan watak "Walid" membuatkan pelakon veteran Faizal Hussein terus menjadi rebutan para wanita sehingga ada yang menghantar mesej peribadi,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara