Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Kim Sung Kyu Akan Berkunjung Ke Malaysia Selama 2 Malam Untuk Menjayakan [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour Ogos Ini!

by Jash Lee
July 15, 2024
Share on Facebook

Kim Sung Kyu, ketua kumpulan K-pop INFINITE, membuat pengumuman yang dinanti-nantikan oleh INSPIRIT (peminat setia kumpulan tersebut) bahawa beliau akan mengadakan konsert solo Jelajah Asia untuk dua malam berturut-turut di Kuala Lumpur yang menjadi perhentian pertamanya!

Dianjurkan oleh D-SHOW, dengan Offbeat dan 43 sebagai Promoter, Konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur itu, dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 10 Ogos, 8 malam dan Ahad, 11 Ogos, 4 petang di Zepp Kuala Lumpur.

INSPIRIT di Malaysia diberi penghormatan untuk menjadi orang pertama yang menonton persembahan solonya yang julung kali di sini selepas 11 tahun Sung Kyu tidak berkunjung ke negara ini.

[LV3: Let’s Vacay] merupakan kesinambungan konsert solonya [LV] selepas [LV2: Like Your Vibes] yang diadakan pada tahun lalu dan [LV1: Light & Voice] pada tahun sebelumnya. Sudah pasti [LV3: Let’s Vacay] merupakan sesuatu yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat yang menantikan kemunculannya selama ini.

Sung Kyu yang berjaya mencipta nama sebagai figura K-pop terkenal mula terlibat dalam bidang seni pada 2010 sebagai ketua kumpulan INFINITE dengan album mini pertama mereka “First Invasion”, yang merangkumi single utama “Come Back Again” yang sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai generasi K-pop baharu. Sejak daripada itu Sung Kyu terus mencipta kerjayanya dalam pelbagai bidang termasuk muzik, filem, rancangan TV, muzikal dan pengacaraan. Selepas menamatkan perkhidmatan tentera pada tahun 2020, Sung Kyu kembali beraksi sebagai penghibur dengan mengadakan konsert solo “Shine Encore” selama tiga hari di Seoul. Selain itu Sung Kyu sering tampil dalam pertunjukan dan muzikal, serta mengeluarkan album mini ketiganya “Inside Me” dan terus aktif hingga kini. Sejak album mini solo pertamanya “Another Me” yang dikeluarkan

pada 2012, sehingga kini dia telah mengeluarkan satu album studio dan lima album mini. Tiket boleh didapati melalui www.etix.com mulai 17 Julai, 12 tengah hari, berharga RM788 (VIP),

RM728 (VIP BOX), RM688 (CAT 1) dan RM588 (CAT 2), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4
dan transaksi RM10 Bayaran.

Berikut adalah kategori tiket dan keistimewaan untuk peminat yang menonton konsert ini:

 VIP – RM788
(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Soundcheck, Foto Berkumpulan (setiap sesi 20 Orang. 120 peminat akan dipilih secara rawak), Poster Bertandatangan untuk 40 peminat yang dipilih secara rawak dan 8 peminat yang dipilih secara rawak bakal menerima Polaroid bertandatangan.)

 VIP BOX – RM728
(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Soundcheck, Foto Berkumpulan untuk 20 peminat akan dipilih secara rawak, Poster Bertandatangan untuk 10 peminat yang dipilih secara rawak dan 2 peminat yang dipilih secara rawak bakal menerima Polaroid bertandatangan.)

 CAT 1 – RM688
(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Foto Berkumpulan (setiap sesi 20 orang. 40 peminat akan dipilih secara rawak) dan Poster Bertandatangan untuk 30 peminat yang dipilih secara rawak.)

 CAT 2 – RM588
(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Foto Berkumpulan untuk 20 peminat akan dipilih secara rawak dan Poster Bertandatangan untuk 20 peminat yang dipilih secara rawak.)

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di
Kuala Lumpur untuk dua malam itu, sila dapatkan maklumat di platform media sosial rasmi:
Promoter FB: 43 www.facebook.com/43ent
Promoter IG: 43 www.instagram.com/43_ent

Kim Sung KyuKim Sung Kyu Kuala LumpurKim Sung Kyu Malaysia
https://lomp.at/5aq72
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Anak Lelaki Amy Search Curi Perhatian, Tinggi & Kacak. Isteri Tertanya- “Entah Makan Apa Masa Pregnant”

by Phic ARMAN
March 5, 2026

Nama Amy Search memang tak perlu diperkenalkan lagi. Vokalis legenda kumpulan Search ini bukan saja dikenali dengan aura rock yang...

Read moreDetails
Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara