Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kini Misha Omar Pula Yang ‘Tawan’ Times Square, New York- “Saat Yang Tidak Dapat Dilupakan…”

by Nurul A.
September 30, 2025
Foto - @mishaomar (IG)

Foto - @mishaomar (IG)

Share on Facebook

Selepas Ernie Zakri, kini tiba pula giliran penyanyi tersohor tanah air iaitu Misha Omar menghiasi papan iklan ikonik di Times Square, New York menerusi kempen Spotify EQUAL.

Sekadar info, kempen Spotify EQUAL adalah sebuah inisiatif yang mengangkat suara wanita dalam industri muzik.

Momen bersejarah itu dikongsi oleh Misha atau lebih gemar disapa sebagai Kak Mitch menerusi hantaran di akaun Instagram peribadinya.  Menerusi hantarannya itu, Kak Mitch meluahkan rasa syukur dan bangga serta menyifatkan momen itu sebagai satu pengalaman yang bermakna sepanjang kerjayanya.

View this post on Instagram

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

“Melihat wajah Kak Mitch terpampang di billboard Times Square, New York adalah saat yang tidak mungkin Kak Mitch lupakan seumur hidup.

Jauh di sudut hati, ini bukan hanya kejayaan Kak Mitch, tetapi kejaayan kita bersama. Terima kasih yang tidak terhingga kepada @spotify @spotifysg dan @spotifymy kerana telah mengangkat suara wanita melalui kempen #SpotifyEQUAL ini.”

View this post on Instagram

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Dalam masa yang sama, pelatun lagu ‘Break’ itu juga berkongsi bahawa penghargaan daripada platform Spotify (termasuklah Spotify Malaysia dan Singapura) telah menjadikan ia sebagai sebuah simbol kekuatan suara wanita dalam dunia seni.

‘Sebagai wanita, setiap suara kita membawa seribu kisah tentang kekuatan, kasih sayang dan kecekalan. Setiap kali kaki ini menginjak pentas, setiap bait lagu yang dinyanyikan dan setiap halangan yang kita berjaya lalui, sebenarnya tanpa sedar kita sedang membina jambatan untuk generasi wanita seterusnya bersinar dengan lebih terang.

View this post on Instagram

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Mengimbau kembali perjalannnya sebagai seorang penyanyi selama 23 tahun, Kak Mitch mendedahkan bahawa muzik bukanlah sekadar kerjaya tetapi sebuah medium untuk menyentuh jiwa pendengar.

“Selama 23 tahun ini, muzik adalah cara Kak Mitch menyampaikan cinta dan kekuatan kepada kalian. Momen bersejarah seperti ini menguatkan lagi kepercayaan Kak Mitch bahawa muzik bukan sekadar kerjaya; ia adalah legasi hati yang akan terus bersemi dan menyentuh jiwa seluruh pendengar.”

Untuk pengetahuan semua, selain Misha Omar, beberapa nama penyanyi Malaysia pernah menghiasi papan iklan ikonik Times Square termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Yuna, Dolla, Aina Abdul, Marsha Milan, Kaka Azraff, Layla Sania, Iman Troye, Aisha Retno dan Vanessa Reynauld.

Billboard New York Times Squaremish omarmisha omar spotifymisha omar spotify equalspotify equal
https://lomp.at/3e0e2
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Zarina Anjoulie Pertahan Betty Rahmad Isu Dituduh Biadap Dengan Penjual Di Singapura?

by Naddy Joe
March 4, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sebelum ini menjadi bualan netizen didakwa biadap selain meninggikan suara terhadap pekerja di sebuah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Eira Syazira mencuri perhatian peminat selepas dilihat memberikan kejutan istimewa sempena hari lahir suaminya yang juga pelakon, Azad Jasmin...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara