Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kisah Allahyarhamah Sharifah Aini-“Lupakan Hasrat Menjadi Doktor Kerana Ingin Membantu Pendapatan Atuk”

by Jash Lee
August 2, 2023
Share on Facebook

Datuk Hajah Sharifah Aini Syed Jaafar merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan dikenali sebagai “Biduanita Negara” selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Beliau telah dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya yang dijaga dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. Ibubapa Sharifah Aini merupakan warganegara Malaysia.

Menjadi Juara Tilawah Al-Quran

Sharifah juga mempunyai kebolehan mengalunkan ayat suci al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sewaktu kecil lagi, Sharifah sudah terkenal di Johor.

Selain aktif dengan bidang nyanyian di sekolah, Sharifah juga turut menolong neneknya menjual pelbagai jenis kuih hasil buatan neneknya sendiri. Beliau begitu popular sewaktu di zaman sekolahnya dahulu.

Sharifah sering diundang menyanyi di majlis-majlis anjuran sekolah setiap kali majlis diadakan. Sharifah bukan sahaja sering diundang menyanyi di sekolahnya, malahan di sekolah-sekolah lain di Johor Bahru seperti di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Girl School, Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Tun Aminah dan Sekolah Menengah Tun Fatimah dan lain-lain.

Lupakan Cita-Cita Kerana Ingin Membantu Atuknya

Selain berminat dalam bidang nyanyian, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya memilih jalan untuk ke bidang nyanyian kerana itulah jalan terbaik bagi meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang ketika itu amat susah.

Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul “Tiga Malam” dan sekaligus dinobatkan sebagai “Juara Bintang RTS” 1968 dan dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969.

Setelah menjadi artis rakaman, Sharifah telah banyak menyanyikan pelbagai lagu dan menghasilkan hampir 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, nama beliau juga tersohor di beberapa negara serantau di Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Lagu Seri Dewi Malam telah menjulang nama beliau sebagai artis pujaan ketika itu. Bakat Sharifah menyerlah apabila telah diasah bakatnya oleh seorang penggubah lagu terkenal iaitu Datuk Ahmad Nawab. Lagu ciptaan Ahmad Nawab untuknya begitu berkesan kepada industri muzik dan juga semua peminat Sharifah Aini.

Pada tahun 2003, beliau telah mengadakan konsert di Istana Budaya iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini. Konsert yang begitu mewah dan berprestij itu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Kesemua penjualan tiket laris dijual.

Sebelum ini, Sharifah Aini juga pernah mengadakan konsert di Singapura iaitu di Victoria Concert Hall pada tahun 2000. Paling membanggakan, beliau merupakan satu-satunya artis pertama Malaysia dan Asia yang telah diberikan penghormatan untuk mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall yang selama ini hanya dikuasai oleh artis Barat.

Sharifah telah menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu Pods And Pedal Giftlab. Pada tahun 2003, beliau telah menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail kerana sumbangannya yang begitu besar dan tidak ternilai kepada bidang seni negara.

Pada 16 Ogos yang lalu, Sharifah telah mencatat sejarah yang besar dalam negara apabila beliau berjaya mengadakan konsert “Muzika Arabia Bersama Datuk Sharifah Aini” di Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut. Aura tersendiri dan kelebihan beliau dalam menyanyikan lagu Arab dengan begitu baik sekali telah menarik penonton yang begitu ramai baik di dalam dan luar negara. Ia sekaligus menjadikan Sharifah sebagai artis pertama yang diberikan penghormatan untuk mengadakan konsert yang mempunyai unsur budaya di Timur Tengah. Sebagai penghargaan, beliau telah diberikan gelaran “Permata Negara”[2] oleh Menteri Kebudayaan Dan Kesenian, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan juga beberapa pihak lain

Biduanita Negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi pada 5 Julai 2014, ketika Allahyarhamah berusia 61 tahun.

Al-Fatihah buat beliau, Semoga Beliau diletakkan bersama dengan orang-orang yang beriman

allahyarhamah sharifah ainibiduanita negara datuk sharifah aini
https://lomp.at/gvr06
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Spotlight

Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

by Phic ARMAN
April 8, 2026

Di sebalik dunia hiburan yang sering dihiasi senyuman dan glamor, terselit satu kisah yang cukup meruntun jiwa. MURAI mendapat tahu,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Foto - @hajiwon1023 (IG)
Korea

Semakin Kurus ‘Melidi’, Penampilan Baru Aktres Ha Ji Won Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
March 13, 2026

Aktres Korea Selatan, Ha Ji Won telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terbarunya. Semasa mempromosikan drama terbarunya...

Read moreDetails
Spotlight

Shila Amzah Akui Panik, Tak Sambut Raya Di Malaysia Tahun Ini

by Phic ARMAN
March 19, 2026

Penyanyi  Shila Amzah, sekali lagi mencuri perhatian peminat, kali ini bukan sebab lagu, tapi kisah raya yang lain daripada biasa!...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara