Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Kisah Pembunuhan Kejam Nurin Jazlin, Telah Mewujudkan ‘Talian Nur’ Bagi Membantu Yang Senasib!

by Jash Lee
November 1, 2023
Share on Facebook

Terdahulu, Malaysia digemparkan dengan kes pembunuhan kejam yang berlaku kepada Kanak-Kanak yang menjadikan trauma buat kesemua ibu-bapa. Nurin Jazlin merupakan salah satu Kanak-kanak yang dibunuh secara kejam yang pembunuhnya menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Nurin Jazlin yang dilahirkan pada 11 September 1999 dan berumur 8 tahun pada tahun 2007 ketika kejadian itu berlaku. Nurin Jazlin dikatakan pergi ke pasar malam bersendirian yang berdekatan dengan rumahnya di Wangsa Maju kerana dia ingin membeli sepit rambut.

Namun pada malam kejadian, Nurin Jazlin dikhabarkan tidak pulang kerumah selepas ke pasar malam tersebut serta ahli keluarganya telah membuat laporan polis atas kehilangannya itu.

Lakaran Wajah Pembunuh Nurin Jazlin

Ditawarkan RM20,000 Bagi Membantu Siasatan Pembunuhan!

Selepas kehilangannya itu, ramai pihak yang cuba membantu untuk mencarinya termasuklah NGO dan pengamal media yang ada di Malaysia. Semasa siasatan dijalankan, di dapati rakaman cctv bahawa Nurin Jazlin telah diheret memasuki sebuah van putih dan dijangkakan bahawa dia telah diculik.

Pada 17 September 2007, seorang supervisor kedai buku, Cheng Yen Feng telah menjumpai sebuah beg di hadapan kedai dan mengingatkan beg tersebut kepunyaan pengurusnya. Lalu Cheng menunggu pengurusnya itu untuk diberikan beg tersebut kerana khawatir akan hilang.

Setibanya pegurus tersebut iaitu Jack Yeoh Huat Lip, dia memberitahu bahawa beg tersebut bukan miliknya, lalu membuka beg tersebut dan terkejut apabila melihat mayat kanak-kanak yang disumbat dalam kedudukan janin.

Manakala tempat kemaluannya disumbat dengan timun dan terung dan telah menyebabkan rektumnya pecah serta terdapat jangkitan bakteria yang menyebabkan kematiannya. Dikatakan bahawa Nurin telah meninggal 6 jam sebelum mayatnya dijumpai itu.

5 suspek iaitu 4 lelaki dan seorang wanita ditangkap lalu dibebaskan kerana tiada bukti yang kukuh terlibat dalam kes tersebut. Rakaman cctv berkenaan telah memaparkan dua wajah iaitu lelaki dan perempuan yang terlibat membuang beg berkenaan.

Selepas kejadian pembunuhan kejam Nurin Jazlin itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mewujudkan Talian Nur bagi membantu rakyat malaysia yang mengalami penculikkan atau masalah yang melibatkan kanak-kanak dan wanita yang dirasmikan bekas perdana menteri Malaysia ketika itu iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Talian Nur ini sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak yang dianiaya penjaga kerana masa kini terdapat banyak kes kanak-kanak yang meninggal akibat didera.

Walaupun dua dekad telah berlalu, namun pembunuh tersebut masih belum ditemukan serta menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Apa kata anda?

nurin jazlinTalian Nur
https://lomp.at/mqwij
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara