Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Quan Hongchan Menang Pingat Emas, Rupanya Ada Kisah Sedih Mengenai Keluarganya

Ibunya kini sedang sakit dan menjadi pendorong dan motivasi Hongchan untuk berusaha merangkul pingat emas

by Khai Azfar
August 6, 2021
Share on Facebook

Acara akhir 10 meter (m) platform di Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung semalam ternyata punya pelbagai kisahnya tersendiri.

Hongchan Peroleh ‘Perfect 10’ 

Ini termasuklah buat atlet terjun China, Quan Hongchan yang berusia 14 tahun berjaya mencuri tumpuan dunia apabila mencatatkan markah ‘perfect 10’ dalam acara itu. Dengan perolehan markah yang hampir sempurna, atlet ini berjaya memenangi pingat emas sekaligus mengalahkan 11 atlet lain termasuk wakil negara, Pandelela Rinong.

FUHH !! QUAN HONGCHAN PERFECT 10 !!
#Olympics pic.twitter.com/2PDJqbXKlX

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 5, 2021

Ibu Sakit Jadi Pendorong 

Di sebalik kejayaannya itu terdapat kisah yang meruntunkan hati. Menurut laporan iNEWS, Hongchan merupakan anak kepada pasangan petani dan lahir di Kampung Maihe, Daerah Mazhang China. Hidup dalam serba kekurangan menjadikan remaja itu gigih berusaha sebelum terpilih menyertai pasukan kebangsaan negaranya kurang dalam tempoh setahun.

Leih mengharukan, ibunya kini sedang sakit dan menjadi pendorong dan motivasi Hongchan untuk berusaha merangkul pingat emas. Dengan wang imbuhan kemenangan yang diperolehi, dia berharap agar dapat embayar kos perubatan ibunya.

Sekadar info, Hongchan merupakan atlet termuda China di Tokyo dan menjadi atlet China kedua termuda yang memperolehi pingat emas Olimpik dalam acara terjun selepas Fu Mingxia yang mencatat sejarah memenangi pingat emas acara 10m platform di Olimpik Barcelona 1992 pada usia 13 tahun. Di Tokyo, Hongchan memperolehi markah terbaik sebanyak 466.20 mata.

Olimpik 2020Quan Hongchan
https://lomp.at/hw5wl
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Sukan

Mahu Beri Momentum Terbaik Di Gelanggang Tenis? Ini Yang Anda Patut Tahu Mengenai SOLUTION SPEED™ FF 4

by Naddy Joe
January 31, 2026

Sukan tenis merupakan satu permainan yang menggunakan raket dan bola,  dan dimain di dalam sebuah gelanggang yang dibahagi oleh sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara