Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Kisah Shah Rukh Khan Gagal Jadi Tentera- “Saya Tak Mahu Potong…”

by Nurul A.
November 6, 2025
Foto - @iamsrk (IG)

Foto - @iamsrk (IG)

Share on Facebook

Sebelum menjadi King of Bollywood, Shah Rukh Khan nampaknya mempunyai impian yang berbeza, iaitu menjadi seorang pegawai dalam tentera India.

Dalam temu bual lama, Shah Rukh Khan mendedahkan untuk menjadi pegawai tentera tetapi cita-citanya itu perlu dilupakan kerana dia diminta untuk memotong rambutnya.

“Saya bercita-cita untuk menjadi pegawai tentera. Ketika saya berada di sekolah tentera, mereka (pegawai tentera) telah menyuruh saya untuk memotong rambut. Dan saya menolak permintaan itu.”

View this post on Instagram

Bagi Shah Rukh Khan, tindakan untuk memotong rambutnya bukanlah satu keputusan yang mudah. Baginya, rambut adalah mahkota dan inilah titik perubahan yang membawa hidupnya ke arah dunia hiburan dan bukannya ketenteraan.

Pada tahun 1989, Shah Rukh Khan membuat penampilan sulungnya dalam siri televisyen popular iaitu ‘Fauji’. Siri tersebut menggambarkan kehidupan kadet muda di akademi tentera India dan ia merupakan platfom yang sempurna untuk daya tarikan dan keamatan lakonan aktor itu.

YouTube video

‘Fauji’ pada awalnya tidak ditulis untuk Shah Rukh Khan sebagai watak utama, tetapi untuk Rakesh Sharma. Bagaimanapun, pengarah dan penerbit siri itu, Leftenan Raj Kumar Kapoor mengiktiraf karisma Shah Rukh Khan sebagai pelakon.

“Kamera benar-benar menyayanginya.”

YouTube video

Beberapa tahun kemudian, Shah Rukh Khan kembali menyarung seragam tentera di filem ‘Main Hoon Na’. Dia memainkan watak ‘Mejar Ram Prasad Sharma’, seorang pegawai yang ditugaskan untuk melindungi anak perempuan jeneral itu dan membaiki keluarganya yang retak.

Filem tersebut menjadi satu kejayaan besar box office dengan pendapatan 84 crore rupee (RM 39,654,031.20), menjadikannya filem keduanya dengan kutipan tertinggi pada 2004 selepas filem ‘Veer-Zaara’.

View this post on Instagram

Walaupun Shah Rukh Khan sebenarnya tidak pernah menyertai angkatan tentera, peranannya sebagai tentera dalam pelbagai filem telah memberi inspirasi kepada ramai orang. Dari ‘Fauji’ hinggalah ke ‘Main Hoon Na’, perjalanan kerjayanya telah memenuhi impian zaman kanak-kanaknya melalui lakonan.

Jika Bukan Hindu Atau Islam, Apa Agama Anak-Anak Shah Rukh Khan?- Ini Penjelasannya...
shah rukhshah rukh khanSRK
https://lomp.at/xw5bk
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Syatilla Melvin Tak Ingat Nama Ibu, Netizen Terhibur!-“9 Tahun Aku Bela Budak Ni…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pelakon, Syatilla Melvin mencuri perhatian peminat di media sosial selepas berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anak lelakinya, Syeriv Samheizy...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara