Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

KitaJaga Perkenal Versi 2.0 dengan Kemaskini Kempen Banjir Watch

by Aphit J.
November 12, 2022
Share on Facebook

Selepas berjaya menolong ratusan rakyat Malaysia yang terkesan banjir awal tahun ini, Terato Tech Sdn. Bhd. baru-baru ini melancarkan versi 2.0 aplikasi KitaJaga dengan kemaskini penting termasuk kempen Banjir Watch yang dipertingkat, sempat bagi musim tengkujuh yang bakal melanda tanah air.

Lebih Selamat

via Kita Jaga Kita

KitaJaga 2.0 menyediakan persekitaran yang lebih selamat dengan mewajibkan pengguna mendaftar dan mencipta profil sebelum dapat gunakan aplikasi itu.

Tambah lagi, ia juga perkenalkan ciri sembang (Chat) yang membolehkan pengguna menghubungi pihak yang meminta tolong (Helpee) menggunakan kotak bual tanpa mendedahkan nombor telefon bagi melindungi kebersendirian.

Melalui Aplikasi Mudah Alih

Mulai sekarang, KitaJaga hanya membolehkan Banjir Watch dicapai melalui aplikasi mudah alih dan tidak lagi melalui laman sesawangnya.

Tindakan ini membantu meningkatkan pengalaman pengguna dengan membolehkan mereka menerima notifikasi keadaan banjir dalam telefon mudah alih mereka dan lokasi pin mereka ditanda dengan lebih tepat.

Terdapat Ciri-ciri Baharu

via Kita Jaga Kita

Notifikasi Pengawasan Banjir Pelbagai Lokasi: Ciri ini membolehkan pengguna memantau keadaan banjir di pelbagai lokasi menggunakan profil pengguna tunggal. Aplikasi akan menghantar notifikasi kawasan terkesan banjir setiap 15 minit.

Pin Automatik KitaJaga – Twitter: Sesiapa pun  kini dapat meminta tolong dengan menghantar ciapan di Twitter bagi KitaJaga mencipta pin.

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna mesti menggunakan tanda @banjirwatch. Mereka hanya perlu memberi KitaJaga nama, lokasi, dan jenis pertolongan yang diperlukan dan pin akan tercipta secara automatik dalam aplikasi KitaJaga.

Bantuan oleh Organisasi: Ciri yang memudahkan organisasi melancarkan bantuan dalam KitaJaga dengan memasukkan nama organisasi apabila menawarkan pertolongan.

Anda boleh muat turun aplikasi KitaJaga di Android dan iOS sekarang sebagai langkah persediaan menghadapi banjir, tidak kira sama ada untuk sediakan bantuan atau dapatkan bantuan. Uar-uarkan juga aplikasi ini kepada kenalan anda supaya mereka juga boleh manfaatkannya bersama.

Kita Jaga Kita
https://lomp.at/tb201
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
LifeXplore

HUAWEI Mate X7 Rasmi di Malaysia, Telefon Lipat Premium Yang Lebih Praktikal

by Naja Nix
January 21, 2026

Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara