Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Koleksi Rare Keluang Man x Royal Selangor Kini Jadi Kenyataan!

by Aphit J.
April 19, 2025
Share on Facebook

Astro Shaw dan Royal Selangor bergabung tenaga untuk satu kolaborasi yang memang legend!

Koleksi Eksklusif

Sempena kemunculan semula filem superhero tempatan kegemaran ramai, Keluang Man, lahirlah satu koleksi eksklusif yang pasti buat peminat rasa nostalgia – tapi dengan sentuhan elegan dan moden.

Dihasilkan dengan penuh teliti oleh tukang piuter Royal Selangor yang terkenal dengan mutu kraf mereka, koleksi ni tampil dengan dua item rare – figurine miniatur dan pin lapel edisi terhad.

Figura Keluang Man ni memang badass! Bergaya dalam posisi silat ikonik, ia diperbuat daripada piuter berkualiti tinggi dengan kemasan satin.

Hanya 30 unit sahaja dikeluarkan, dan setiap satu ada nombor siri tersendiri – siap ada ruang untuk ukiran nama. Memang display piece yang padu untuk pengumpul tegar.

Keluaran Terhad

Lagi satu, pin lapel Keluang Man dalam bentuk lambang wira ini pun tak kurang hebatnya.

Didatangkan dalam kemasan satin dan ada juga versi bersalut emas 24K yang dikeluarkan hanya 100 unit. Memang eksklusif habis!

Koleksi ini akan mula dijual di outlet Royal Selangor terpilih bermula Mei 2025. Jadi siapa cepat, dia dapat!

Menurut Raja Jastina, Ketua Astro Shaw, kolaborasi ni bukan sekadar jual merchandise – ia juga usaha memartabatkan seni tempatan dan memperluas impak Keluang Man sebagai ikon budaya Malaysia.

Sementara tunggu filem Keluang Man meletup kat pawagam 29 Mei 2025, korang boleh layan balik siri animasi asal di www.keluangman.com.

Jangan lupa follow Astro Shaw & Astro Gempak untuk update terkini dan gunakan hashtag #KeluangMan dan #KeluangManMovie untuk share hype korang!

keluang manRoyal Selangor
https://lomp.at/cebph
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara