Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ramai Selebriti Bernama Besar Bakal Hadir Ke Konsert Sulung, Aina Abdul Gementar!

Penyanyi berbakat besar, Aina Abdul akui gementar untuk mengadakan konsert solo pertamanya di pentas berprestij, Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun ini.

by Arsiqin Yusof
June 16, 2022
Share on Facebook

Penyanyi berbakat besar, Aina Abdul akui gementar untuk mengadakan konsert solo pertamanya di pentas berprestij, Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun ini.

Ziana Zain, Anuar Zain, Datuk Hattan & Ramai Lagi

Menurut Aina, dia juga tidak menyangka apabila konsert yang bakal diketuai Pengarah Muzik, Mac Chew dan Jenny Chin itu bakal dihadiri barisan selebriti popular tanah air.

“Alhamdulillah kurang dua minggu lagi saya bakal membuat persembahan di pentas yang menjadi impian saya selama ini. Ibarat mimpi jadi kenyataan apabila berpeluang mengadakan konsert solo di Istana Budaya.

“Namun apa yang membuatkan saya lebih teruja dan gementar adalah selain peminat yang sudah mendapatkan tiket, pengurus saya memaklumkan ramai juga selebriti terkenal dan berpengalaman bakal hadir ke konsert pertama saya itu.

“Antaranya adalah Ziana Zain, Anuar Zain, Ella, Datuk Nora, Nabil Ahmad, Datuk Hattan dan Hael Husaini serta ramai lagi sudah mengesahkan kehadiran. Hal ini sekali gus memberi satu tekanan kepada saya yang masih baru mengadakan konsert untuk membuat persembahan di hadapan mereka,”katanya.

Tak Henti Berdoa

Aina menambah, dia tidak berhenti memohon doa kepada Allah SWT agar segala proses menuju konsert A Night With Aina Abdul 2.0 berjalan seperti yang dirancang.

“Saya ingin mencipta momen manis bersama peminat di konsert ini. Saya mahu penonton yang hadir merasai dan terhibur dengan setiap lagu yang dipersembahkan.

“Konsert ini adalah untuk kita semua menghargai diri sendiri dan saya akan menghadiahkan segala anugerah yang Tuhan berikan .

“Alhamdulillah persiapan menuju konsert berjalan dengan baik. Saya sudah melakukan beberapa sesi latihan bersama Mac Chew dan pasukannya.

“Insha-Allah minggu depan saya akan mengadakan sesi latihan di Istana Budaya untuk mendapatkan ‘mood’ sebelum tarikh konsert,” katanya lagi.

Kepada anda yang tidak mahu melepas peluang, tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 masih boleh didapati di laman web www.ticket2u.com.my manakala bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli dalam kuantiti yang banyak, sila hubungi Azrul di talian 017-3006531 untuk harga istimewa.

Konsert Aina Abdul
https://lomp.at/6wxgu
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Sasha Aziz Terima Teguran Ustazah Perjelas Hukum Jalani Rawatan Ketatkan Alat Sulit-“Saya Belajar Benda Baru..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz sebelum ini menjadi kecaman netizen di media sosial selepas membuat perkongsian mengenai...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Foto - @aryanformen (TikTok) / @bront_palarae (IG)
Lokal

[VIDEO] Gemuruh ‘Catwalk’ Sampai Lupa Buang ‘Chewing Gum’, Bront Palarae Mohon Maaf

by Nurul A.
January 30, 2026

Pelakon kacak, Bront Palarae tampil memohon maaf selepas dilihat mengunyah chewing gum ketika berjalan di pentas peragaan Warna Lebaran Ariani...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara