Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Konsert JessC Berjaya Pukau 5,000 Penonton, Persembahan Fauziah Latiff Turut Curi Perhatian!

by Naddy Joe
May 28, 2025
20
KONGSIAN
Share on Facebook

PENYANYI JessC berjaya memukau 5,000 penonton yang hadir bagi menyaksikan konsert Jessie Chung World Tour 2025 yang diadakan di Arena Of Stars, Genting Highland pada malam Selasa.

Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu menyajikan sebanyak 33 buah persembahan keseluruhannya. Bukan sahaja menyanyi lagu dalam bahasa Melayu, malah JessC turut tampil dengan lagu bahasa Inggeris dan Mandarin.

Tidak hanya itu, JessC turut mencuri tumpuan apabila menyanyi sambil bermain alat muzik seperti piano, keyboard, dan gitar di atas pentas sekaligus menunjukkan kemahiran muziknya yang luar biasa.

Kehadiran Fauziah Latiff Sebagai Artis Undangan Curi Perhatian

Kehadiran tiga artis undangan seperti Lee An Sheng, Fauziah Latiff, dan Lee An Tian sememangnya menggamatkan lagi suasana konsert pada malam berkenaan.

Fauziah Latiff turut menyanyikan tiga buah lagu antaranya adalah Dia, Sekilah Senyumanmu, serta lagu duet bersama JessC berjudul Tak Terpisah.

Antara lagu yang dinyanyikan oleh JessC adalah My Style, One Chance, Satu Suara Raya, Dekati, Sinaran, Forever Young dan Expose.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Dalam pada itu, kehadiran suami JessC yang naik ke pentas dan memberikan bunga serta ciuman mesra, disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan penonton. Detik tersebut menjadi salah satu sorotan paling hangat pada malam itu.

Selain bergelar penyanyi, JessC juga merupakan Certified Therapeutic Musician, dengan kelayakan diploma dalam muzik terapi dari United Kingdom dan Sepanyol.

Penyanyi itu turut memiliki Ijazah Kedoktoran dalam Perubatan Klinikal Integratif Cina dan Barat dari Guangzhou University of Chinese Medicine (China), PhD dalam Sains Kesihatan dari Charisma University, serta merupakan Naturopathic Doctor yang diperakui oleh American Naturopathic Medical Certification Board (ANMCB) di Amerika Syarikat.

RTM Siar Supertele "Srikandi" Angkat Martabat Wanita Melayu
Fauziah Latiffjesscjessie chung
https://lomp.at/kqfb8
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
Lokal

Uqasha Senrose Mohon Pihak Terlibat Henti Laga & Sebar Fitnah Isu Kamal Adli Sudah Lama Tak Jumpa Anak

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon, Uqasha Senrose tampil menitipkan pesanan kepada pihak terlibat untuk tidak melaga-lagakan dirinya bersama bekas suami yang juga pelakon, Kamal...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara