Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026
1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29 Januari 2026, jam 11.30 pagi bertempat di Restoran Cili Kampung, Sunway Pyramid. Majlis ini diadakan khusus sebagai tanda penghargaan kepada rakan media yang telah menjadi saksi serta menyokong setia perjalanan seni beliau lebih tiga dekad.

Majlis jamuan tengah hari ini menjadi pembuka tirai kepada konsert berskala stadium iaitu Majlis Tertinggi Rockqueen Ella, yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu 14 Februari 2026 nanti.

Perkenal Barisan Artis Jemputan

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran barisan artis ternama tanah air yang sekaligus menjadi majlis pengumuman artis jemputan pada konsert beliau nanti.

Antara nama mereka yang hadir ialah Amir Masdi, Sam Bunkface, Tam Spider, serta kumpulan The Boys (Ella & The Boys), sebagai simbolik penyatuan gabungan lapisan generasi dan sekaligus sebagai penghormatan terhadap perjalanan karier seni Ella.

“Perjalanan Emosi & Penghargaan Buat Peminat…”

Bagi Ella, konsert Majlis Tertinggi Rockqueen ini membawa makna yang jauh mendalam dari hanya sebuah persembahan pentas.

“Ini adalah perjalanan emosi dan penghargaan buat peminat yang telah bersama saya sejak awal kerjaya.

Kami sedang mengukuhkan perjalanan kandungan konsert selain latihan intensif pada fizikal, vokal serta mental kerana ini merupakan persembahan solo terbesar sepanjang karier saya. Anda bukan sekadar penonton, namun anda adalah sejarah itu sendiri.”-kata Ella

View this post on Instagram

Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen turut disokong oleh rakan-rakan rasmi termasuk Perbadanan Stadium Malaysia (lokasi rasmi), Era FM, Sinar FM, Mix FM, Lite FM dan Gegar FM (radio rasmi), Astro Gempak, Meletop dan Hlive (media rasmi), serta rakan media luar Ad Box, Wow Media dan Warisan Outdoor.

Ella Ajak Netizen Bersolidariti Untuk Rakyat Palestin
ella
https://lomp.at/3xarr
Share411Tweet257SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Ammar Alfian Tegur Wanita-wanita Yang Berangan Mahu Lelaki ‘Provider’- “Munafik Tahap Maksima!”

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Baru-baru ini, pelakon tempatan Ammar Alfian tidak menahan diri untuk berkongsi pendapatnya tentang isu hubungan cinta dan tingkah laku sesetengah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya yang...

Read moreDetails
Spotlight

Shiha Zikir Hidupkan Memori Raya, Gembira Dapat Bekerjasama Dengan Giant Malaysia

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Raya tahun ini makin hangat dengan kemunculan penyanyi popular, Shiha Zikir, yang tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya....

Read moreDetails
Foto - @remyishak (Threads)
Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara