Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026
23
KONGSIAN
Share on Facebook

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran ZS Entertainment bersama LampuNeon Entertainment, pada 10 Mei 2026 (Ahad) bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert ini menampilkan dua kumpulan popular dari Indonesia dengan identiti muzik tersendiri, White Shoes & The Couples Company dan NonaRia, dalam sebuah pertemuan eksklusif untuk satu malam sahaja.

Tema Nostalgia, Keceriaan Romantika Bandar

Dibina sebagai sebuah pengalaman muzikal sinematik, “Senandung Ria Di Kuala Lumpur” mengangkat tema istimewa yang mengajak penonton mengembara ke suasana klasik penuh emosi, warna dan keanggunan estetika.

“Tema utama konsert ini adalah nostalgia, keceriaan dan romantika bandar, yang mengangkat keindahan muzik retro, jazz-pop ringan dan elemen sinematik.

Kami mahu penonton merasai pengalaman yang membawa mereka kembali ke suasana klasik yang penuh emosi dan warna,” jelas pihak penganjur

Dua Dunia Muzik, Satu Bahasa Emosi

Gabungan White Shoes & The Couples Company dan NonaRia dipilih kerana keserasian identiti muzik yang jarang dipertemukan. Kedua-dua kumpulan berakar pada estetika klasik, penceritaan lagu dan persembahan yang berjiwa.

“Kedua-dua kumpulan ini berkongsi DNA muzik yang seiring, berakar pada bunyi retro, pop klasik dan naratif romantik. Gabungan ini jarang dipersembahkan dan menjadikan konsert ini sesuatu yang unik dan eksklusif,” kata pihak penganjur

White Shoes & The Couples Company terkenal dengan susunan muzik sinematik dan sofistikated, manakala NonaRia pula memikat dengan gaya ceria, feminin serta bersahaja mereka.

Kategori Tempat Duduk & Harga Tiket

Konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur” menawarkan beberapa kategori tiket:

  • Standing – RM200
  • Category 2 – RM290
  • Category 3 – RM290
  • VIP Box (1 Pax) – RM450

Maklumat lanjut mengenai saluran penjualan akan diumumkan dalam masa terdekat.

nonariasenandung di kuala lumpurwhite shoes & the couples company
https://lomp.at/0yd6v
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Fauziah Nawi Cabar Diri Jadi Penagih Dadah, Sampai Pengarah Tegur Sebab ‘Lalok’

by Phic ARMAN
March 18, 2026

Kalau sebut nama Fauziah Nawi, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Aktres senior ini sudah lama membina nama dengan lakonan penuh...

Read moreDetails
Lokal

Anak Didie Alias Dedah Sikap Prihatin Ibu-“Dia Yang Uruskan Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Anak perempuan kepada pelakon dan pelawak, Niya Ridzuan iaitu Didie Alias mendedahkan sikap ibunya yang sangat prihatin terhadap semua pihak...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Foto - Instagram
Lokal

Marissa Didakwa Mahu Teruskan Perkahwinan, Kakak Umisya Mazlan ‘Rayu’ Danish Hakim Bertindak

by Nurul A.
April 2, 2026

Kakak kepada pempengaruh Umisya Mazlan, Nadia kembali mencuri perhatian ramai selepas 'merayu' Mohamed Danish Hakim untuk segera memeriksa keadaan adiknya,...

Read moreDetails
Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara