Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Konsert ‘Unplugged SEARCH 40 Years’ September Ini Bergantung Pada SOP Semasa

Konsert ini bakal mengubat kerinduan peminat SEARCH

by Khai Azfar
May 21, 2021
Share on Facebook

Kejayaan persembahan Rockology Malaysian Tour 2021 SEARCH X Akim di Melaka pada 10 April lalu memberi ruang dan peluang buat band legenda, SEARCH kembali ‘bernyawa’.

Konsert Berlangsung Pada September 

Malah, bagi meneruskan legasi kegemilangan empat dekad SEARCH, penganjuran konsert Unplugged SEARCH 40 Years yang dirancang pada September depan bakal mengubat kerinduan peminat band ini. Menariknya, konsert itu memberi aura baru terhadap SEARCH apabila sekali lagi menampilkan penyanyi hebat, Akim Ahmad selaku vokalis di samping dua anggota SEARCH iaitu Kid dan Din.

Penganjurnya, Aman Nassim menerusi COF Music berkata, pembaharuan yang ditampilkan pada konsert itu kelak memberikan satu lagi transisi berbeza SEARCH agar terus gemilang dalam industri muzik tempatan.

“Konsert ini saya bekerjasama dengan SEARCH. Bagi saya, mereka adalah band legenda yang perlu dihidupkan sampai bila-bila. Disebabkan itu, saya merancang untuk membawakan konsert istimewa ini. Malah, untuk mencari band yang bertahan sehingga empat dekad adalah susah.

“Jadi, menerusi konsert ini saya mahu memasarkan semula jenama SEARCH kepada generasi muda hari ini. Mungin selama ini mereka hanya tahu beberapa lagu popular saja, sedangkan mereka ada banyak lagu hits.

“Disebabkan itu, menerusi konsert ini SEARCH dan Akim akan membawakan 10 lagu popular yang jarang peminat muda tahu. Selain itu, apa yang paling penting adalah saya mahu peminat merasai aura baharu SEARCH dengan adanya kemunculan Akim selaku vokalis. Saya percaya dengan bakat dan vokal dimiliki Akim, dia mampu menarik perhatian peminat dengan gaya nyanyian tersendiri,” katanya

Ikut Pada SOP Semasa 

Aman berkata, konsert yang dirancang itu dijangka berlangsung di lokasi yang mampu menempatkan 300 hingga 500 penonton mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Tarikh dan lokasi tepat masih belum dapat ditetapkan sebab kita menunggu perkembangan semasa dalam negara. Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan dan digantikan dengan arahan lain beserta SOP baharu, ketika itu baharulah kita akan berbincang dan putuskan semua.

“Sekiranya persembahan secara bersemuka dapat dilaksanakan kira akan menjual tiket. Namun, buat masa sekarang apa yang pasti kita juga akan menjual tiket secara Live Streaming. Bagi peminat yang tidak dapat hadir, mereka boleh menonton secara dalam talian,” katanya lagi

Menurut Aman, antara tujuan lain penganjuran konsert itu adalah mahu menjenamakan juga syarikat COF Music yang diterajuinya.

“Tujuan lain penganjuran konsert ini adalah saya nak menjenamakan juga COF Music. Sebab sebelum ini kami banyak terbitkan lagu berunsurkan urban muzik. Dalam masa sama, saya tak boleh lepas pandang perkara yang legenda seperti muzik rock ini.

“Saya perlu juga konteks muzik yang pelbagai. Jadi, penganjuran konsert Search ini adalah permulaan buat COF Music maju ke depan. Mana tahu selepas ini kami boleh bawa semua muzik yang ada dalam Malaysia pula,” jelas Aman

Selain itu, Aman berkata COF Music mempunyai perancangan yang lebih besar buat SEARCH selepas ini.

“Kalau ikutkan perbincangan dengan Abang Din, saya nak membawa konsert SEARCH ke Indonesia dan Singapura. Seperti semua sedia maklum, mereka mempunyai kelompok peminat yang besar di dua negara itu.

“Tapi, disebabkan masing-masing negara masih bergelut dengan penularan Covid-19, jadi kita terpaksa tangguh dulu. Mana tahu tahun depan boleh ke luar negara, kita akan pergi.

Jadi, apabila COF Music ambil alih, perancangan untuk SEARCH memang besar selain kami nak juga buat juga siri jelajah dalam negara,” jelasnya

Sekadar info, vokalis asal SEARCH, Amy membuat keputusan untuk berundur dari band yang ditubuhkan pada 1981 itu sejak Mac 2020. Difahamkan, keputusan itu dibuat kerana ingin bergerak solo selain akui kekuatan vokalnya tidak lagi ‘kuat’ seperti dahulu.

[VIDEO] Aksi Spontan Akim & Stacy Nyanyi Lagu Pelangi Senja Ditepi Pantai Buatkan Netizen Teruja
Akim AhmadsearchSEARCH X Akim
https://lomp.at/xt117
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara