Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tiket Konsert Habis Dijual Dalam Masa 72 Jam, Ini Beberapa Cabaran Yang Harus Dihadapi Anuar & Ziana Zain

Tiket konsert gabungan penyanyi dua beradik popular, Anuar & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 telah habis dijual hanya dalam masa 72 jam.

by Arsiqin Yusof
May 23, 2022
Share on Facebook

Tiket konsert gabungan penyanyi dua beradik popular, Anuar & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 telah habis dijual hanya dalam masa 72 jam.

Perkara itu telah diumumkan oleh penganjur rasmi konsert berkenaan, Trumpet International dan dikongsikan semula oleh Anuar di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, hanya dalam masa 72 jam, tiket dah Sold Out. Terima kasih kepada semua yang menyokong kami.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT,” coretnya semalam.

View this post on Instagram

A post shared by Anuar Zain ™️ (@anuarzainnetwork)

Suara Susah Dipadankan?

Menurut Anuar, gaya nyanyian dan vokalnya bersama Ziana amat berbeza dan sukar dipadankan dalam sesebuah lagu. Namun untuk konsert tersebut, mereka akan berusaha keras berlatih untuk berduet demi menyajikan persembahan yang semestinya dinantikan oleh para peminat.

“Sebenarnya suara kami berdua susah untuk dipadankan dalam nyanyian, tetapi pengarah muzik kami buat homework hari-hari dan kami akan lakukan sebaik mungkin untuk menjadikan paduan suara kami kedengaran sesuai dalam konsert itu nanti.

“Itu adalah apa yang telah dipersetujukan, kami tak sabar untuk lakukan rehearsal dan menyanyi bahagian masing-masing dengan betul.

“Pada pendapat saya, lagu-lagu Kak Gee (Ziana) pula amat sukar untuk saya nyanyikan, kita kena faham dan jiwai lagu-lagu itu sebaik mungkin, lagu-lagunya berbeza dengan lagu saya, tentunya saya perlu lakukan banyak latihan,” katanya.

Anuar berkata demikian ketika sidang media konsert Anuar & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Mendengar Itu Selesa, Tapi…

“Mendengar itu selesa, tapi untuk menjiwai lagu Anuar, bukanlah senang kerana ‘jiwa’ lagunya amat berat,” itu pula ungkapan Ziana apabila bercakap mengenai lagu-lagu Anuar yang bakal dinyanyikan dalam konsert tersebut.

Ziana akui, lagu-lagu Anuar amat sedap didengar, namun apabila mahu menyanyikannya sendiri, banyak perkara yang perlu dipelajari.

“Apabila kita dengar orang lain menyanyi, ia tak sama. Saya akui lagu-lagu Anuar memang susah untuk dinyanyikan, bukanlah sebab dia adik saya, tapi dalam perkara ini, saya pandang sebagai seorang penyanyi profesional.

“Saya perlu banyak belajar, ya, kita faham lirik lagunya itu, tetapi nak masukkan ‘jiwa’ itulah yang mencabar,” kata penyanyi lagu Puncak Kasih itu.

View this post on Instagram

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain)

Nak Pilih Lagu Hits Bukan Senang!

Sudah namapun Ziana dan Anuar Zain, tentunya dua beradik ini mempunyai banyak lagu hits yang digilai peminat sejak dahulu lagi.

“Saya harap sangat peminat akan suka dengan apa yang kami pilih dan apa yang mereka mahukan. Untuk pilih lagu, kami perlu berbincang dengan pengarah muzik dan sebagainya. Lagu hits mana perlu nyanyi? lagu ini tak boleh buang, lagu itu juga kena ada, jadi harap peminat faham,” kata Ziana.

Sementara Anuar pula menambah, dia juga sudah menerima mesej daripada para peminat yang membuat permintaan untuk menyanyikan lagu-lagu tertentu.

“Ada yang DM minta lagu Nadi Terhenti, ada juga yang minta untuk menyanyi lagu-lagu yang kurang dimainkan di radio dan agak rare. Untuk lagu sebegitu mungkin kita akan buat acapella, apapun kami harus berbincang dengan pihak pengurusan, pengarah konsert dan pengarah muzik,” katanya.

Bertembung Dengan Konsert Aishah?

Secara kebetulan, konsert Ziana dan Anuar bakal diadakan pada tarikh yang sama dengan seorang lagi penyanyi bernama besar iaitu Aishah.

Akui tidak mengetahui hal itu sejak mula, Ziana dan Anuar bagaimanapun mengharapkan yang terbaik buat konsert penyanyi senior berbakat itu.

“Kami memang tak tahu tentang konsert penyanyi lain yang akan diadakan pada tarikh sama,” ujar Ziana.

Anuar pula melihat perkara itu secara positif kerana ia menunjukkan industri hiburan tanah air sedang berkembang mekar.

“Hal ini tiada masalah, kami doakan konsert Kak Aishah berjalan lancar dan full house. Bab ini adalah rezeki masing-masing.

“Selain itu, ia juga menunjukkan industri hiburan kita sedang berkembang dengan baik dengan adanya konsert-konsert sebegini,” jelasnya.

Minggu lalu pada hari diumumkan, tiket konsert berkenaan terjual sebanyak 50 peratus dalam masa tiga jam.

Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 akan berlangsung pada 6 Ogos nanti di Plenary Hall, KLCC.

[VIDEO] Ziana Zain Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Menjadi Pramugari-"Guna Air Panas Basuh..."
anuar zainkonsertziana zain
https://lomp.at/af46v
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Foto - @amir.ahnaff (IG)
Lokal

[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib

by Nurul A.
March 13, 2026

Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Syatilla Melvin Tak Ingat Nama Ibu, Netizen Terhibur!-“9 Tahun Aku Bela Budak Ni…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pelakon, Syatilla Melvin mencuri perhatian peminat di media sosial selepas berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anak lelakinya, Syeriv Samheizy...

Read moreDetails
Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
Lokal

“Biar Allah Saja Yang Tahu Kebenaran..”-Rita Rudaini Beri Respon Isu Muafakat MRSM Sungai Besar?

by Naddy Joe
January 19, 2026

Pelakon, Rita Rudaini tampil bersuara terhadap salah seorang netizen yang mendakwa pelakon ini yang 'kecoh' mengenai Kepimpinan Persatuan Ibu Bapa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara