Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

[VIDEO] Kronologi Kes Shila Amzah & Amy Search: Dari Rehearsal, Netizen Keliru Sampailah Muncul Monolog ‘Heii Betina’

by Zaidin Albert
July 14, 2025
215
KONGSIAN
Share on Facebook

Cerita ni mula dengan ciapan kecil, jadi ribut besar, siap netizen pun keliru nak sokong siapa. MURAI faham ramai yang pening siapa buat apa sebenarnya. Jadi biar Murai susun balik semua kronologi,  siap dengan ‘bayangan’ yang kononnya Nabila Huda sendiri pernah beri sebelum ini, sampai Shila pula terbabit.

Bermula di rehearsal konsert…

Khamis lepas, Stadium Merdeka jadi lokasi rehearsal Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y. Artis ramai turun padang, suasana meriah… tiba-tiba kecoh bila Shila Amzah dakwa dia “diserang” secara bersemuka oleh seorang penyanyi legenda masa tengah latihan.

Puncanya? Shila ada buat ciapan di X (dulu Twitter), menyatakan sokongan kepada Nabila Huda yang secara terbuka luah konflik dengan ibu tirinya. Shila kata dia faham sebab pernah lalui benda sama. Tak ada pun sebut nama sesiapa.

View this post on Instagram

A post shared by Shila Amzah 茜拉 (@shahilaamzah)

Nabila Huda seperti beri bayangan…

Sebenarnya, sebelum semua ni meletup, Nabila Huda sendiri pernah buat kenyataan terbuka yang penuh dengan ‘bayangan’ tentang konflik dalam keluarganya. Siap gelar seorang individu sebagai “perempuan itu” dan luah rasa terkilan.

Masa tu, netizen dah mula teka-teka siapa yang dimaksudkan Nabila. Dan bila Shila sokong, terus orang kaitkan Shila pula masuk campur urusan keluarga mereka.

Netizen keliru, nama-nama besar disebut

Lepas berita insiden di rehearsal keluar, netizen terus jadi detektif. Nama Ella disebut. Awie pun kena. Siap buat teori sendiri lagi.

Shila cepat-cepat betulkan:

“Bukan Kak Ella, bukan Datuk Awie. Tapi bapa kepada Nabila Huda. Saya sahkan.”

Semua pun tahu siapa dimaksudkan, Amy Search.

Lapor polis & buat penjelasan

Shila buat laporan polis. Polis sahkan motif dipercayai sebab rasa tak puas hati Shila “campur urusan keluarga orang”.

Ahad tu, Shila muncul dalam Melodi dan jelaskan, dia cuma nak beri sokongan pada Nabila sebagai kawan yang pernah alami hal sama.

“Bila kata saya cuba kacau keluarga orang, memang tak betul dan tak berasas,” katanya.

Perkembangan terbaru: Jangan kaitkan Nabila & ‘tangan ajaib’

Semalam, Shila kongsi lagi di Instagram Story. Katanya, orang ramai tolong jangan heret nama Nabila lagi. Katanya, Nabila tak ada kena-mengena dengan insiden yang berlaku di rehearsal tu.

Yang paling menarik, Shila beri bayangan ada pihak lain di belakang Amy Search yang buat keadaan jadi begini.

“Cari tahu benda dan tangan ajaib yang menyebabkan benda ni berlaku. Dia tidak berseorangan. Sepanjang saya kenali nama beliau dalam industri 17 tahun lalu, beliau langsung tidak begini,” tulis Shila.

Shila juga minta maaf sebab masa ditemu bual, dia tak dapat sebut nama dengan jelas sebab terlalu ramai kamera depan muka dia.

“Dalam keadaan penuh kamera di hadapan saya malam tadi menjadikan ia lebih teruk,” katanya.

Dalam pada itu,video terbaru yang dimuatnaik oleh Nabila seolah-olah memberi pesanan kepada dalang di sebalik kes ini.

View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Sampai hari ini…

Kes masih disiasat. Shila kekal dengan pendirian dia cuma nak sokong kawan, bukan ganggu keluarga sesiapa. Amy pula masih belum beri kenyataan panjang. Nabila pula, seperti yang Shila minta, jangan lagi dikaitkan dalam isu ini.

Harapan Murai…

MURAI harap lepas baca ni, semua dah jelas jalan cerita sebenar. Jangan cepat buat andaian bila tak cukup cerita. Ingat, kadang-kadang apa yang nampak besar, cuma salah faham & tangan-tangan ajaib yang mainkan peranan. Semoga mereka semua dapat berdamai. Netizen pula, janganlah jadi hakim tak bertauliah lagi ya? Kita tunggu saja kesudahan kisah panas ni.

Polis Akui Amy Search Mungkin Dipanggil Semula dalam Kes Serangan terhadap Shila Amzah
amy searchKonsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y.nabila huda
Share86Tweet54SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem