Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Kronologi Maria Farida Bergaduh Dengan Bekas Madu

by Khai Azfar
November 9, 2017
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Akhirnya Datin Maria Farida mampu menarik nafas lega apabila mahkamah memutuskan bahawa kemenangan saman fitnah yang difailkan terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mokhtar berpihak kepadanya.

Menderita Sejak Dua Tahun Lalu

Menerusi sumber dari Mstar Online sebelum ini, Maria mengaku agak tertekan kerana ramai pihak yang memandang serong kepadanya dek kerana pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepadanya. Akibatnya, namanya tercalar malah meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya.

Kronologi Kes Maria Farida

“ALHAMDULILLAH… After 2 years of harrasement and threats, finally justice is served! Have a lovely time in Kajang Prison darlinggg..”

Pada Selasa yang lalu, Maria melalui instagramnya meluahkan rasa syukurnya atas kemenangan kes tersebut dan pada masa yang sama turut memperli bekas madunya itu. Buat pembaca murai.my yang tidak tahu apakah yang terjadi selama ini, kami bawakan kronologi kes Maria Farida dan Hadijah Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Karen Rahman.

2015

  • Maria Farida telah dilantik menjadi duta dan jurucakap kepada KR Beauty Care milik Datuk Rahman Shakur dan Karen Rahman atau nama sebenarnya Hadijah Mokhtar. Ketika ini Maria dan Karen berkawan baik

  • Pada ramadhan 2015, Maria berhenti dari menjadi duta produk ini kerana Karen dakwa perniagaan tidak mendatangkan hasil malah Maria juga melaporkan bahawa beliau tidak menerima bayaran seperti dijanjikan. Pada waktu ini, hubungan Karen dan suaminya dikatakan sudah retak.

  • Karen dan Datuk Rahman Shakur disahkan bercerai dan tidak lama kemudian beliau mengahwini Maria pada November 2015.

2016

  • Pelbagai tuduhan cuba untuk menjatuhkan Maria mula tersebar. Malah Karen turut menuduh Maria mendera anaknya. Tidak cukup dengan itu, kereta Maria turut disimbah cat, diugut disimbah asid dan paling mengejutkan beliau telah dilanggar oleh bekas madunya itu sehingga mendatangkan kecederaan.
  • Laporan polis mula dibuat dan siasatan mula dijalankan

2017

  • Setelah hampir dua tahun kes ini berpanjangan,akhirnya mahkamah memutuskan Karen Rahman bersalah dan dikehendaki membayar saman fitnah kepada Maria Farida. Malah beliau turut dikenakan hukuman penjara selama dua minggu selepas dia tidak mengendahkan notis supaya menghadiri perbicaraan.
datuk rahman shakurkaren rahmanmaria farida
https://lomp.at/uousw
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara