• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Kubur Bekas Isteri Pelawak Popular, Sule Digali Semula

by Phic ARMAN
January 9, 2020
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Pasukan forensik dan penyelidik dari Bandung Polrestabes diarahkan untuk menggali semula kubur bekas isteri pelawak popular di Indonesia, Sule, Lina Jubaedah.

Seperti yang dilaporkan oleh Dream.co.id, Sule menyatakan rasa hairannya dengan penyakit kronik yang menyebabkan bekas isterinya meninggal dunia. Selama mengenali bekas isterinya, Sule merasakan bahawa arwah tidak mempunyai penyakit yang serius.

Menurut Sule, selama menjadi isterinya, Lina tidak pernah memiliki riwayat penyakit serius. Malahan, mendiang merupakan seorang wanita yang jarang sakit.

Anak Lelaki Buat Laporan Polis

Kubur arwah akan digali semula setelah pihak polis menerima laporan dari anak lelaki Lina dan juga seorang penyanyi Rizky Febian, pada hari Isnin lalu (1/6/2020).

Rizky membuat laporan kepada pihak polis kerana dia juga merasakan ada sesuatu yang aneh tentang kematian ibunya.

Bukan sahaja menggali kubur, polis akan menjalankan proses autopsi pada tubuh mendiang.

“Nanti hasil siasatan dari pasukan forensik akan dianalisis penyebab kematian si mati,” kata Ketua Bidang Hubungan Masyarakat Polda Jabar Kombes S Erlangga.

Walaubagaimanapun, proses penggalian semula kubur itu terpaksa ditunda kerana hujan di mana pada awalnya ia dijadualkan bermula pukul 8 pagi (Waktu Indonesia Barat). Di tempat kejadian, terlihat khemah merah dipasang dan keluarga mendiang juga nampak menunggu proses penggalian kubur sambil menangis.

Suami Lina, Teddy Dituduh Amalkan Imu Hitam

Dipetik dari Suara.com, ada tuduhan yang mendakwa suami terkini Lina yang dikenali sebagai Teddy mempunyai sihir hitam. Tuduhan ini ditolak dengan serta-merta.

“Saya tidak tahu bagaimana sihir hitam, sihir putih dan sebagainyaa,” kata Teddy, Rabu (1/8)

Keputusan Autopsi akan diketahui dalam 2 minggu

Selepas proses  penggalian kubur selesai, mayat Almarhumah Lina segera dibawa ke Hospital Hasan Sadikin untuk bedah siasat. Pesuruhjaya Saptono menjelaskan, proses penggalian dapat berlangsung sehari, dan pemeriksaan makmal mengambil masa dua minggu.

https://lomp.at/3v7to
Share27Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Mulan Jameela Ahmad (FB)
Indonesia

Mulan Jameela Minta Cerai? Ini Respons Ahmad Dhani

by Nurul A.
December 8, 2025

Kalau kamu nak tahu, suatu ketika dahulu penyanyi Mulan Jameela pernah memfailkan cerai terhadap pemuzik Ahmad Dhani. Permintaan untuk bercerai...

Read more
Foto - @davinaakaramoy (IG)
Indonesia

Berang Dilabel “Pelakor”, Davina Karamoy Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Aktres Indonesia, Davina Karamoy sekali lagi menjadi perbualan ramai selepas munculnya khabar angin mengenai dirinya menjadi perempuan simpanan kepada bekas...

Read more
by Nurul A.
December 15, 2025
Foto - @hamishdw (IG) / @sab_sash (IG))
Indonesia

Hamish Daud Tampil Perjelas Hubungan Dengan Sabrina Alatas- “Dia…”

Suami penyanyi Raisa, Hamish Daud tampil menafikan khabar angin kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan cef Sabrina Alatas. Khabar angin...

Read more
by Nurul A.
November 7, 2025
Foto - @sab_sash (IG)
Indonesia

Didakwa Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga Raisa, Sabrina Alatas Dilaporkan Sedang Hamil

Di tengah-tengah prosiding perceraian pelakon Hamish Daud dan penyanyi Indonesia, Raisa Andrianna, muncul pula satu isu panas yang melibatkan cef...

Read more
by Nurul A.
November 5, 2025
Indonesia

Kontroversi Isteri Curang, Na Daehoon Akhirnya Buka Mulut

Suami kepada pempengaruh popular Indonesia, Jule, iaitu Na Daehoon dari Korea Selatan akhirnya tampil bersuara mengenai kontroversi dakwaan kecurangan isterinya...

Read more
by Murai MY Newsdesk
October 21, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore