• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kudsia Kahar Mahu Allahyarham Subi Dikenang Sebagai Penggiat Radio

by Khai Azfar
April 14, 2021
Share on Facebook

Semalam industri penyiaran radio berduka dengan khabar pemergian penggiat radio Subarma Mohtaruddin, 56 atau lebih dikenali sebagai Subi.

Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Dalam Badan 

Memetik laporan media tempatan, Allahyarham Subi meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang selepas menjalani pembedahan buang usus sepanjang 1.8 meter. Bagaimanapun, badannya sudah tidak boleh menerima semua antibiotik diberikan sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas azan zohor.

Kudsia Kenang Memori Bersama Subi

Dalam perkembangan berkaitan, rakan sejawatnya yang juga personaliti radio terkenal, Kudsia Kahar mengimbau kembali kenangan bersama Allahyarham Subi. Dedah Kudsia, Subi merupakan antara ‘orang kuat’ di sebalik beberapa stesen radio terkenal di awal penubuhannya.

“Bagi pihak keluarga pioneer #ERAFM, saya ingin merakamkan perasaan sedih kami atas pemergian Subarma Mohtaruddin semalam. Jika anda pernah bersuka-duka dengan sajian muzik dan isi kandungan ERA sejak 1998 dan juga SINAR dan kemudiannya SURIA, ketahuilah bahawa arwah Suby yang bertungkus-lumus menyediakan muzik untuk pelancaran stesen dan kemudiannya, menguruskan stesen-stesen tersebut” tulis Kudsia

gamba-gambar yang dikongsi Kudsia di laman Twitter nya

Tambah Kudsia, dia turut menyifatkan kehilangan Allahyarham Subi sebagai sesuatu yang cukup besar pada industri apatah lagi mengenang jasanya dalam membentuk stesen radio hari ini.

“Pemergiannya akan kami rasakan buat selama-lamanya. Ketahuilah bahawa arwah Suby telah memainkan peranan penting dalam industri penyiaran Malaysia. Al -Fatihah..” tulisnya lagi

Sepanjang hayatnya, Allahyarham Subi pernah berkhidmat di dalam industri selama 23 tahun sebagai penyampai radio terawal di ERA, SINAR dan Suria FM. Salam takziah dari kami di Murai.my.

Allahyarham SubiKudsia Kahar
https://lomp.at/4ctgk
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Peminat Puji Anak Sulung Ziana Zain, – “Menjadi-jadi Handsome, Bakal Pramugara Juga Ke?”

by Zaidin Albert
April 26, 2023

Dalam menyambut 1 Syawal baru-baru ini, penyanyi popular Ziana Zain tidak melepaskan peluang berkongsi gambar bersama keluarga. Sebelum ini Ziana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Dari Penjara ke Istana: Detik Pertemuan Penuh Emosi Dr. Malik Dengan Sultan Selangor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore