Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kulit Keluar Darah Ketika Penggambaran, Ustaz Kazim Letak Syarat Jika Mahu Filemkan Kisah Sakit Misterinya

by Puteri Alia
June 7, 2024
Share on Facebook

Nama pendakwah bebas, Datuk Kazim Elias, sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Kisah beliau yang berhadapan dengan penyakit misteri turut diketahui umum dan menjadi topik perbincangan ramai.

Keadaan yang dihadapi oleh beliau telah mencetuskan inspirasi buat syarikat produksi Mawi World Entertainment untuk mengangkat kisah berkenaan menjadi sebuah filem berjudul Zim Zim Ala Kazim.

Penerbit dan pengarah filem ini, Mawi, menyatakan bahawa idea untuk menghasilkan filem tersebut bermula menerusi pertemuan dengan Ustaz Kazim.

“Ketika berjumpa kami berborak, beliau telah berkongsi tentang kisah penyakit misteri yang dialaminya itu. Sebenarnya apa yang dilalui oleh Ustaz Kazim itu, saya juga pernah melalui keadaan yang lebih kurang dengan beliau,” jelas Mawi.

Tambah Mawi, dia telah meminta kebenaran daripada pendakwah bebas itu untuk menghasilkan sebuah filem yang mengangkat pengalaman Ustaz Kazim berhadapan dengan penyakit misteri. Ujarnya, dia berasa lega apabila Ustaz Kazim memberikan persetujuan untuk penghasilan Zim Zim Ala Kazim.

“Kalau diikutkan, tidak sukar untuk saya meyakinkan beliau. Dalam perjumpaan kali kedua, beliau ceritakan lebih mendalam dan pada perjumpaan kali ketiga saya turut membawa penulis skrip,” katanya.

Berkenaan jalan cerita, Mawi menjelaskan bahawa kira-kira 70-80 peratus daripada filem ini adalah berdasarkan kisah benar yang dialami oleh Ustaz Kazim.

Selebihnya, terdapat elemen tokok tambah untuk memastikan penceritaan lebih menarik. Filem ini berkisarkan tentang sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bell Ngasri, Anas Tahir, dan Shanthesh Kumar selaku teraju utama.

Sepanjang penggambaran, Mawi mengakui bahawa prosesnya berjalan lancar, namun terdapat beberapa kejadian mistik.

“Ada satu masa itu ketika nak memulakan penggambaran, tiba-tiba penyakit Ustaz Kazim menyerang semula. Sehinggakan kulit beliau ada keluar darah. Apa pun, situasi berkenaan dapat diatasi dengan baik,” ujarnya.

Hattan, Jamal Abdillah Antara Yang Turut Serta, Cara TV AlHijrah Sambut Ambang Tahun Buka Mata Masyarakat
mawimistikUstaz Kazim Elias
https://lomp.at/73e5o
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya yang...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara