• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Meninggal Dunia! 5 Fakta Kurt Westergaard Yang Dibenci Umat Islam Kerana Hina Nabi

Westergaard meninggal dunia semasa tidur setelah tidak sihat untuk jangka masa yang lama.

by Naddy Joe
July 19, 2021
Share on Facebook

Illustrator berasal dari Denmark, Kurt Westergaard yang pernah mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia kerana melukis karikatur Nabi Muhammad, telah meninggal dunia pada usia 86 tahun,

Dipetik dari The Guardian, Westergaard meninggal dunia semasa tidur setelah tidak sihat untuk jangka masa yang lama.

Illustrator Disebalik 12 Lukisan Gambar The Face Of Mohammed

via DW

Illustrator ini bertanggungjawab terhadap 12 lukisan gambar yang diterbitkan akhbar harian konservatif, Jyllands-Posten pada tahun 2005 di bawah tajuk The Face of Mohammed, yang mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.

Kartun Biadab Telah Cetus Bantahan Ganas Di Seluruh Dunia Islam

via Getty Images

Kemarahan yang bertukar menjadi bantahan ganas anti-Denmark telah merebak di seluruh dunia Islam pada Februari 2006. Keganasan berkaitan kartun ini memuncak dengan pembunuhan beramai-ramai pada tahun 2015 yang melibatkan 12 pekerja majalah mingguan satira, Charlie Hebdo di Paris.

Westergaard Pernah Terpaksa Bersembunyi Kerana Mendapat Ancaman Bunuh

via BT

Ancaman mati terhadap Westergaard secara peribadi telah memaksanya untuk bersembunyi. Pada tahun 2008, tiga akhbar utama Denmark mencetak semula kartun tersebut setelah penangkapan tiga lelaki yang merancang untuk membunuh Westergaard. Seorang dibebaskan tanpa tuduhan, seorang lagi dihantar pulang, dan seorang lagi dihantar ke asylum center.

Pada awal 2010, polis Denmark menangkap seorang warga Somalia berusia 28 tahun yang bersenjatakan pisau dan kapak di rumah Westergaard di mana dia merancang untuk membunuhnya.

Bekerja Dengan Jyllands-Posten Sejak Pertengahan Tahun 1980-an

Westergaard bekerja dengan Jyllands-Posten sejak pertengahan tahun 1980-an sebagai illustrator dan menurut Berlingske, gambar yang dimaksudkan sebenarnya pernah dicetak sebelum ini tetapi tanpa mencetuskan banyak kontroversi.

Hidup Di Bawah Perlindungan Polis

Semasa tahun-tahun terakhir hidupnya, Westergaard, seperti beberapa kartunis yang lain, terpaksa hidup di bawah perlindungan polis menggunakan alamat rahsia disebabkan kontroversi yang dicetuskannya.

kartunis hina nabikurt westergaard
https://lomp.at/c70te
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Dunia

10 Selebriti Lelaki Paling Kacak Di Dunia Sepanjang Tahun 2021

by Jash Lee
December 11, 2021

Kecantikan dan ketampanan seseorang itu adalah sangat subjektif. Itu bermakna, setiap orang mempunyai definisi yang tersendiri tentang kecantikan dan juga...

Read moreDetails
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Dunia

Orang Kelantan Tidak Boleh Makan Ikan Kekacang, Betul Ke Itu Satu Sumpahan?

by Jash Lee
July 10, 2023

Betul ke orang Kelantan terkena sumpahan ikan kekacang? mari sama-sama kita lihat! Jika di belah Perak, biasanya kita anda dengar...

Read moreDetails
Dunia

Kenapa Burung Tidak Terkena Renjatan Bila Bertenggek Di kabel Elektrik? Ini Sebabnya!

by Jash Lee
July 17, 2023

Pernah tidak bila anda keluar rumah lalu lihat banyak burung yang bertenggek di kabel-kabel elektrik, namun tiada apa yang terjadi...

Read moreDetails
Dunia

Senarai Negara Terpaling Kecil Dalam Dunia, Ada Yang Hanya 7 Penduduk Saja!

by Soph Azz
November 3, 2023

Rasanya ramai yang tak tahu sebenarnya dalam dunia ini ada beberapa negara yang sangat kecil; sama ada kecil dari segi...

Read moreDetails
Dunia

Pengalaman Jemaah Dari Malaysia!-“Pergi Buat Umrah Tak Nampak Kaabah, Bukanlah Satu Hukuman Tapi…”

by Jash Lee
October 20, 2023

Kaabah ialah Baitullah al-Haram dan ia merupakan pertunjuk arah kiblat bagi umat islam diserata dunia. Tidak sah solat seseorang muslim...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore