• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Lagu Aniq Muhai Trending Selepas Menang Anugerah Nasyid Malaysia!

by Khai Azfar
March 5, 2021
Share on Facebook

Pendatang baharu, Aniq Muhai kini semakin dikenali ramai apatah lagi selepas dinobatkan sebagai Artis Nasyid Baharu Pilihan di malam Anugerah Nasyid Malaysia Disember tahun lalu.

Trending Di YouTube

Enggan mensia-siakan platform dan peluang yang ada, Aniq kini muncul dengan single terbaharu berjudul Mahakarya. Menariknya mengenai single keduanya itu, sambutan yang diberikan oleh peminat disifatkannya sebagai amat luar biasa. Malah lagu Mahakarya mencipta satu pencapaian peribadi yang baru buatnya apabila berjaya menduduki carta trending di YouTube Malaysia selepas lebih 24 jam ia diterbitkan.

Bercerita mengenai lagu itu, penyanyi berkacukan melayu-cina ini melihat lagu Mahakarya sebagai sebuah karya yang membawakan mesej kebangkitan setelah terus-menerus jatuh dalam kehidupan. Laras bahasa pada liriknya yang lembut dan seakan memujuk menjadikan Mahakarya sebuah lagu yang mampu memberikan inspirasi kepada para pendengar untuk terus berjuang.

Gambarkan Mengenai Keadaan Diri

Kongsi Aniq, dia merasakan Mahakarya seakan menggambarkan keadaannya sebelum ini yang terkesan berikutan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan pertama pada Mac tahun lalu.

“Hingga Saat Akhir keluar 2 hari sebelum pengumuman PKP pertama dibuat oleh YAB Perdana Menteri. Akibatnya banyak yang dirancang untuk single itu terpaksa dibatalkan dan tim produksi terpaksa membuat perancangan baru dalam suasana yang tiada siapa dapat menjangka apa yang akan berlaku”

“Situasi ini sedikit sebanyak memberi impak terhadap sambutan Hingga Saat Akhir dan diri saya sendiri pada ketika itu. Sejujurnya saya serba salah. Banyak yang telah dilaburkan. Ditambah pula PKP buat pertama kalinya dijalankan. Saya buntu. Masa tu dalam kepala asyik fikir betapa saya telah kecewakan kru dan sahabat-sahabat di Tarbiah Sentap Records”

“Alhamdulillah, saya berasa amat bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat seperti Ustaz Adnin dan Akmal yang tidak jemu mememberikan bantuan serta kata-kata semangat untuk teruskan perjuangan. Maka lahirlah single solo kedua Aniq di bawah TSR berjudul Mahakarya, sebuah lagu yang membawakan mesej kebangkitan dari kejatuhan yang lalu” kata Aniq kepada media

Tambah Aniq lagi, Mahakarya merupakan sebuah karya pembakar semangatnya yang sering kali diuji dengan pelbagai dugaan namun masih kuat berdiri sehingga ke hari ini.

“Seperti mesej di dalam Mahakarya, hari ini lagu Hingga Saat Akhir berada di kedudukan nombor 1 di beberapa carta lagu di stesen radio tempatan termasuk carta nasyid IKIM dan carta Zayan FM. Malah lagu Mazhab Cinta yang turut menampilkan saya menjadi juara di carta Salam FM” katanya lagi

Klip video rasmi Mahakarya arahan Aidil Azhar itu kini boleh ditonton di laman rasmi YouTube Tarbiah Sentap dan distrim disemua platform digital.

YouTube video

Aniq Muhai
https://lomp.at/38333
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Musik

Berhantu! 10 Lagu Ini Wajib Nyanyi Di Pusat Karaoke

by Khai Azfar
December 1, 2017

Ada peminat karaoke di sini? Jika ya, apakah judul lagu yang sering anda nyanyikan di pusat karaoke tersebut? Tahukah anda...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore