Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

by Puteri Alia
July 11, 2025
Share on Facebook

Pernah menjayakan lebih 60 konsert sepanjang tiga dekad dalam dunia seni, Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan bahawa auranya sebagai penyanyi nombor satu negara masih belum pudar. Kali ini, beliau kembali menggegarkan Arena Of Stars, Genting Highlands menerusi konsert Violet Skies: Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars buat tahun kedua berturut-turut. Meski lokasi dan rekaan pentas tidak banyak berubah, Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap berjaya memberikan satu persembahan yang segar dan berbeza, membuatkan penonton tidak pernah merasa jemu.

Tokti membuka tirai dengan lagu ikonik Aku Cinta Padamu yang diberi nafas baru dan lebih rancak, disulami dengan koreografi yang bertenaga bersama barisan penari. Suasana bertambah gamat apabila lagu Pendirianku dibawa ke pentas lagu yang jarang dipersembahkan secara langsung. Namun detik paling menggugah jiwa adalah ketika Tokti menyanyikan lagu Sendiri, sebuah lagu balada yang sangat mencabar dan bukan mudah untuk dinyanyikan secara live.

Dengan suntikan teknik soprano yang memukau, Tokti menjadikan persembahan itu antara yang paling diingati malam itu. Malah beliau sempat berseloroh bahawa lagu tersebut seperti ‘berhantu’ kerana seakan menguasai dirinya ketika menyanyikannya.

Antara momen sentimental malam itu adalah apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Beradu Di Khayalan, ciptaan pertama Aubrey Suwito buatnya pada tahun 2001, sebagai penghargaan kepada pengarah muzik setianya itu. Untuk para peminat pula, lagu Seindah Biasa menjadi hadiah istimewa. Lagu itu bukan sekadar dendangan nostalgia, tetapi turut mengimbas kenangan manis sewaktu Konsert Fantasia Tour yang pernah mencipta fenomena lebih 20 tahun lalu.

Datuk Seri Siti Nurhaliza juga menyuntik elemen persembahan visual dan tarian dengan lagu Kau Kekasihku yang diberi susunan bernuansa ‘oriental’. Lengkap dengan tarian kipas, persembahan itu membuatkan ramai terasa seperti menonton sebuah teater muzikal.

Selesai Jalani Pembedahan, TokTi Saran Noh Salleh Berehat Seketika- "Rehat Dulu Jangan Buat Show"

Tidak lengkap sebuah konsert mega tanpa artis undangan. Tokti tampil memberi ruang buat anak saudaranya, Amad, menunjukkan bakat apabila mereka bergandingan dalam lagu Seribu Kemanisan dan Azimat Cinta. Namun kejutan sebenar adalah kemunculan Noh Salleh, vokalis kumpulan Hujan, yang berduet bersama Tokti menerusi tiga buah lagu iaitu Bengawan Solo, Rahsia Tuhan dan Pagi Yang Gelap. Gandingan yang tidak dijangka itu membuahkan satu kolaborasi unik, walaupun pada awalnya kelihatan sedikit janggal. Namun gabungan suara mereka ternyata berjaya menyatu dan disambut dengan sorakan hebat dari penonton.

Lebih menarik, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut memberikan penghormatan kepada genre rock 90-an dengan menyampaikan rangkaian lagu berhantu seperti Di Alam Fana Cinta, Seribu Tahun Takkan Mungkin, dan Tika Dan Saat Ini. Walaupun bukan penyanyi rock tegar, Tokti tetap mampu menyesuaikan gaya vokalnya dan memukau penonton dengan penghayatan mantap.

Memandangkan konsert irama tradisional Datuk Seri Siti Nurhaliza dijadualkan berlangsung tidak lama lagi, hanya dua lagu tradisional dipersembahkan pada malam itu Badarsila dan Bintang Malam sekadar sebagai pemanis mulut untuk peminat yang merindukan keindahan suara tradisionalnya.

Kesimpulannya, meskipun Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berpuluh kali membuat konsert, sama ada di dalam atau luar negara, setiap persembahan daripadanya sentiasa menghadirkan 1,001 rasa dan kenangan buat para peminat. Violet Skies bukan sekadar sebuah konsert, tetapi satu pengalaman emosi yang menyentuh jiwa, menyatu nostalgia, eksperimen muzik dan penghargaan terhadap mereka yang setia bersamanya sejak awal perjalanan seni. Sehingga bertemu lagi di pentas konsert akan datang, Tokti tetap unggul dan terus menyinar.

datuk seri siti nurhalizatokti
https://lomp.at/yw02y
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Lokal

Fizo Omar Luah Rasa Kagum Dengan Syed Saddiq & Bella Astillah-“You Pilih Tanggungjawab…”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Aktor dan usahawan, Fizo Omar meluahkan rasa kagum terhadap Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq yang memilih tanggungjawab untuk mengikat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara